• Home
  • PAD HERBA UNTUK KESIHATAN WANITA
  • Senarai Rakan Niaga Mengikut Kawasan
  • KATALOG BARU PRODUK AVAIL

Panduan Hidup Sihat

Makanan untuk Kesihatan Diri dan Keluarga

  • Home
  • Bisnes
    • Rakan Niaga
    • Pasaran
    • Bantuan
  • Testimoni
    • Gambar
    • Whatsap
    • Kisah benar
    • Video
  • Fakta Kesihatan
    • Keratan Akhbar
    • gambar
    • Video
  • Promosi
    • pakej
    • pek demo
    • kos penghantaran
    • istimewa
  • katalog
    • 2015
    • 2016
  • Tips Kesihatan
    • Anak
    • Lelaki
    • Wanita
    • Warga Emas
    • Pesakit
  • BAYARAN DAN PENGHANTARAN
  • Hidup Ceria
    • Games
    • Kisah Lucu
    • Video

Cegah Lebih Baik Dari Mengubat

Kesan, Cegah, Rawat.

Cegah Lebih Baik Dari Mengubat

Kesan, Cegah, Rawat

Cegah Lebih Baik Dari Mengubat

Kesan, Cegah, Rawat

Cegah Lebih Baik Dari Mengubat

Kesan, Cegah, Rawat

klik "HUBUNGI RAKAN NIAGA"

PILIH RAKAN NIAGA BERHAMPIRAN ANDA

Sunday, June 29, 2014

KEMPEN JOM SIHAT DI BULAN RAMADHAN

10:42 AM    No comments



BULAN RAMADHAN MERUPAKAN BULAN PENUH KEBERKATAN….INILAH MASANYA UNTUK ANDA MEMBANTU BADAN ANDA UNTUK KEMBALI SIHAT DAN CERGAS…

"Mukmin Yang Kuat Lebih Baik Dan Dikasihi Allah Dari Mukmin Yang Lemah”

 
بسم الله الرحمن الرحيم
 قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
(( المؤمنُ القويُّ خيرٌ وأَحبُّ إلى الله مِن المؤمنِ الضَّعيف، وفي كلٍّ خيرٌ،اِحْرِصْ على ما ينفعُكَ، واستعن بالله ولا تَعْجِزْ، وإن أصابكَ شيء فلا تَقُل : لو أني فعلتُ كان كذا وكذا، ولكن قل : قَدَّر الله، وما شاء فعل، فإن "لو" تفتح عمل الشيطان ))
أخرجه مسلم وابن ماجه والإمام أحمد

Maksudnya : Sabda Rasulullah saw. (( Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik dan disayangi Allah dari seorang mukmin yang lemah. Dan pada setiap orang (yang mukmin) itu ada kebaikan (kerana imannya), sentiasalah tamak kepada apa yang memberi manfaat kepadamu (di akhirat) dan mintalah pertolongan daripada Allah (dalam melaksanakannya), dan janganlah rasa lemah (malas dalam melaksanakannya), dan sekiranya kamu ditimpa sesuatu musibah maka janganlah kamu kata “kalaulah aku buat begini begini (nescaya tak kena)” tapi katakanlah “Allah telah metaqdirkannya” dan Allah Maha melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya, kerana sesungguhnya (perkataan) “kalau” itu membuka jalan kepada syaitan (untuk merosakkan aqidah) ))


 PAKEJ 1:
MENGEKALKAN KESEGARAN BADAN UNTUK BEKERJA DAN BERIBADAT

  • I-FOOD = mengurangkan rasa cepat lapar dan keletihan serta membantu menyahtoksin (membuang racun) dalam badan

  •  I- KID = Membantu mengekalkan daya tumpuan dan mengurangkan rasa mengantuk

  • GREENFIT = membantu menyegarkan badan dan memperbaiki sistem pencernaan serta sesuai bagi yang ingin mendapatkan berat badan yang ideal

  • AVAIL PROPOLIS = membantu mengurangkan masalah alergi, resdung, selsema, mengawal paras gula dalam darah, serta mempercepatkan proses penyembuhan terutama dalaman badan serta membantutkan sel kanser

PAKEJ 2:
MEMBANTU MENGAWAL MASALAH DARAH TINGGI DAN  RISIKO SAKIT JANTUNG

  • I-FOOD
  • GREENFIT 
  • LISSELIFE : mencegah pembentukan kolestrol dalam darah, serta membantu mencegah masalah saluran darah, jantung dan otak.
PAKEJ 3:
MEMBERSIH DAN MENINGKATKAN KESIHATAN RAHIM UNTUK MENAMBAH POTENSI KEHAMILAN
  • FC COMBINATION (PANTILINER + DAY USE + NIGHT USE) = berfungsi membersihkan mahkota wanita, serta meningkatkan tahap kebersihan dan kesihatan rahim, serta membantu mengelakkan risiko kanser dengan pemakaian tuala wanita biasa
  • I-FOOD
  • AVAIL PROPOLIS
  • GREENFIT
PAKEJ 4:
MEMBERSIHKAN & MERAWAT MULUT
  • ·    AVAIL BRITE TOOTHGEL = mengurangkan rasa mulut kering. Sangat sesuai terutama bagi mereka yang ingin bertadarrus atau mengaji sepanjang Ramadhan.

UNTUK PAKEJ DENGAN HARGA PROMOSI SILA HUBUNGI SEGERA:  

KHAIRUL : 019-9863784/  ANUAR: 013-9606851/ HAFIZUL: 014-5271080
(PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA DISEDIAKAN*)


*Tertakluk pada terma & syarat

(UNTUK PANDUAN PEMAKANAN SILA WHATSAP 0139863784)

http://panduanhidupsihat.blogspot.com/2014/04/cara-pembayaran.html


Read More

Thursday, June 12, 2014

PAKEJ ISTIMEWA UNTUK WANITA BERSALIN ATAU KEGUGURAN

11:17 AM  promosi2  No comments


ISTIMEWA PAKEJ PROMOSI UNTUK MEMBANTU MENGEMBALIKAN KESIHATAN WANITA BERSALIN ATAU KEGUGURAN DEMI KEBAHAGIAN KELUARGA


HARGA BIASA: RM 226

HARGA PROMOSI: RM 190

JIMAT : RM 36

KOS PENGHANTARAN PERCUMA DI SELURUH MALAYSIA

 Bagaimana Produk ini digunakan:

1) Avail Propolis boleh membantu memulihkan sel, meningkatkan daya imun, mempercepatkan proses pemulihan akibat pembedahan dan sebagainya. (Pengambilan 2 botol dengan 3 - 5 titisan sehari mampu digunakan lebih sebulan)

2) I-Food berkesan membantu membekalkan tenaga dan menyahtoksin badan. (penggunaan 3 pek bersama dengan shaker membantu menyahtoksin dari badan dan membekalkan tenaga untuk tempoh awal penggunaan pakej bersalin atau keguguran ini)

3) Pantiliner, pad day & night berkesan membantu memulihkan kebersihan bahagian sulit wanita, membuang darah kotor atau lebihan kesan dari bersalin atau keguguran, membantu memperbaiki kitaran haid dan tahap kesuburan wanita serta pelbagai lagi kegunaan. (Pantiliner mengandungi 20 keping pad yang boleh dipakai dengan selesa kerana saiznya kecil tetapi kadar serapan tinggi kerana diperbuat dari kapas - 40 keping pad yang dibekalkan dalam pakej ini bersama dengan night & day pad (10 keping/sebungkus pad)   mampu digunakan untuk tempoh 1 bulan. Pantiliner perlu ditukar lebih kerap sekurangnya 3 keping sehari.

Pakej di atas tertakluk pada penggunaan 1 bulan tempoh pemulihan. Sekiranya anda inginkan pemulihan yang lebih baik dan menyeluruh, disarankan pembelian pakej untuk kegunaan 3 bulan.

Hubungi: Khairul 0199863784 untuk pengesahan pembelian

atau 

http://panduanhidupsihat.blogspot.com/2014/04/cara-pembayaran.html

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SILA KLIK UNTUK INFO LANJUT PRODUK AVAIL



Read More

KANAK - KANAK KINI TERDEDAH KEPADA RISIKO PENYAKIT

10:27 AM    No comments

KANAK-kanak sihat adalah aset negara. Bagaimanapun, mereka kini dikatakan terdedah kepada risiko menghidap pelbagai penyakit ekoran mengamalkan budaya pemakanan tidak sihat. Rencana pertama daripada dua bahagian ini cuba menerokai kebenarannya.

KUALA LUMPUR - Kesibukan bekerja, menyebabkan ada segelintir ibu bapa memandang remeh mengenai amalan makanan seimbang dan pengambilan nutrisi sebetulnya mengikut keperluan umur anak.   

Ditambah pula, kebanyakan isteri atau ibu pada masa kini tidak lagi menjadi surirumah sepenuh masa tetapi turut bekerja bagi membantu meringankan perbelanjaan isi rumah.
  
Tidak dinafikan, mungkin ada antaranya ingin memasak tetapi disebabkan rasa letih sebaik sahaja menjejakkan kaki ke rumah mendorong mereka mengambil jalan mudah dalam aspek penyediaan makanan anak.
  
Walhal mendidik anak dengan makanan sihat penting dalam proses tumbesaran mereka. Namun, aspek ini jarang sekali disentuh tetapi menuntut perhatian jitu pihak berkaitan khususnya ibu bapa.
  
Ini kerana, status kesihatan kanak-kanak hari ini berada pada tahap semakin membimbangkan.
 
Peningkatan obes
 
Hasil beberapa kajian sebelum ini mendapati statistik kesihatan awam berada pada tahap membimbangkan apabila mencatat peningkatan kes berat badan berlebihan dalam kalangan kanak-kanak.
  
Kaji selidik oleh Kajian Nutrisi Asia Tenggara (Seanuts) mendapati satu daripada 20 kanak-kanak mengalami kurang berat badan manakala satu daripada lima kanak-kanak mengalami lebihan berat badan atau obes.
  
"Secara keseluruhannya, kanak-kanak negara ini menghadapi dua kes iaitu kekurangan nutrisi dan pemakanan berlebihan.

"Tetapi pemakanan berlebihan adalah lebih lazim, yang memerlukan semua pihak khususnya ibu bapa memandang serius mengenai aspek ini," kata Ketua Program Sains Nutrisi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Poh Bee Koon.
  
Beliau berkata demikian ketika membentangkan hasil kajian itu pada majlis 'Bringing Health and Nutrition Back to Malaysian Children' anjuran Dutch Lady Malaysia.
  
Kajian ini hasil kerjasama antara FrieslandCampina dan empat universiti antarabangsa melibatkan Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Thailand.

Seramai 16,744 kanak-kanak terlibat dalam kajian nutrisi ini yang mana 3,542 adalah dari Malaysia meliputi bandar dan luar bandar.
 
Masalah global
 
Dapatan kajian Seanuts ini pada masa sama selari atau menyokong hasil kaji selidik yang pernah dilakukan sebelum ini.
  
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) misalnya pernah menjangkakan masalah obes kanak-kanak akan menjadi kebimbangan bukan sahaja dalam kalangan negara maju malahan membangun pada abad ke-21.
  
Negara-negara Asia tidak terkecuali, apabila perangkaan WHO mendapati kanak-kanak prasekolah yang mengalami lebihan berat badan di negara berkenaan dijangka meningkat 4.9 peratus menjelang tahun 2020 berbanding hanya 3.2 peratus pada 1990.
 
Trend ini dilihat sebagai 'masalah global' yang turut merunsingkan Malaysia sehingga menarik perhatian pemimpin negara termasuk Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam.
  
Beliau yang dipetik berkata kadar obesiti di negara ini semakin serius dan perlu diatasi segera. Ini memandangkan, rekod kesihatan menunjukkan peningkatan kadar daripada 44.4 peratus pada 1996 melonjak kepada 59.1 peratus pada 2011 iaitu peningkatan sebanyak 15.1 peratus.
  
Segala perangkaan mahupun statistik ini memberi erti jelas bahawa sudah tiba masanya ibu bapa menilai kembali peranan mereka dalam penyediaan pemakanan sihat kepada anak.
 
Tambahan pula, masalah obesiti berisiko mengundang pelbagai penyakit kronik seperti buah pinggang, hipertensi, serangan jantung dan strok selain masalah psikologi berkaitan kurang keyakinan diri.
  
Obesiti terjadi apabila wujud lebihan lemak yang menyebabkan pertambahan berat badan susulan pengambilan makanan tinggi kandungan gula, garam, minyak dan lemak.
  
Keadaan menjadi lebih buruk lagi, apabila pengambilan makanan mengikut nafsu itu tidak disusuli dengan senaman.
 
Mengapa ibu bapa?
 
Mungkin ada yang mempersoal mengapa ibu bapa? Walhal, kanak-kanak hari ini terdedah kepada kepelbagaian faktor persekitaran luar yang boleh menarik perhatian mereka kepada pengambilan makanan tinggi lemak dan gula.
  
Sememangnya peranan itu tidak dinafikan, tetapi ibu bapa menjadi tunggak penting membentuk anak dengan kehidupan sihat melalui amalan pemakanan keluarga dan pemakanan harian mereka di rumah.
  
Bagaimanapun, sikap segelintir ibu bapa, yang tidak prihatin mengenai keperluan nutrisi sebetulnya mengikut carta piramid makanan yang disyorkan, mendedahkan kanak-kanak kepada tabiat pemakanan tidak sihat.
  
Memburukkan lagi keadaan dengan kewujudan restoran dan gerai makanan yang beroperasi 24 jam sehari seperti menggalakkan lagi tabiat buruk pemakanan, dan faktor ini juga diakui Pakar Perunding Pediatrik, Datuk Dr Zulkifli Ismail.
  
Beliau dipetik sebagai berkata masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak semakin serius apabila dianggarkan 40 peratus berlaku berikutan gaya hidup ibu bapa yang gemar membawa keluarga makan di luar terutama pada waktu malam.
  
Perkara itu dipersetujui oleh Dr Poh dengan berkata, "apabila ekonomi negara semakin baik dan rakyat pun sudah berkemampuan, membolehkan mereka membeli dan makan dengan banyak. Kita harapkan mereka membeli makanan sihat tetapi selalunya adalah sebaliknya".
 
Tempoh kritikal
 
Keadaan semakin meruncing apabila kanak-kanak sudah didedahkan sejak kecil dengan makanan tidak seimbang yang akhirnya menjadi rutin kehidupan.
  
Menjadi masalah, ibu bapa pula tidak bertegas dan lebih cenderung untuk ikut kata hati anak dengan memenuhi selera dan kegemaran anak semata-mata.

Ibu bapa harus sedar, alam kanak-kanak adalah tempoh kritikal kerana pada masa inilah mereka memupuk tabiat suka kepada sesuatu makanan.
  
Kecenderungan menikmati makanan segera dengan kerap akan membahayakan kesihatan kerana mengandungi kalori, lemak, garam dan gula yang tinggi.
  
Satu kajian oleh University of Minnesota School of Public Health dan National University of Singapore mendapati mereka yang makan empat kali seminggu makanan segera berisiko 80 peratus mati akibat penyakit jantung koronari.
  
"(Semua ini termasuklah) hasil kajian Seanuts menunjukkan perhatian segera perlu diambil oleh ibu bapa dan pihak bertanggungjawab untuk mempertingkatkan status kesihatan kanak-kanak lebih baik," kata Dr Poh.
 
Pengawalan harus dilakukan bukan hanya mengelakkan obes tetapi pemakanan baik mengikut piramid makanan disyorkan bagi membantu anak membesar dengan sihat, sempurna dan cergas. - Bernama

Sumber dari: http://www.sinarharian.com.my/rencana/kesihatan-kanak-kanak-semakin-membimbangkan-1.289418

DAPATKAN I-KID UNTUK MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN ANAK-ANAK ANDA

Read More
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Social Profiles

TwitterFacebookGoogle PlusLinkedInRSS FeedEmail
  • Popular
  • Tags
  • Blog Archives

LIKE FANPAGE PHS

Panduan Hidup Sihat
  • MEMBINA KEKUATAN SELEPAS DEMAM DENGGI
    Assalamualaikum Selepas beberapa lama tak update blog ni, saya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman sendiri yang diserang demam d...
  • Pembersih dan Pewangi Rumah dan Kereta Semulajadi
    Assalamualaikum Para pembaca setia Panduan Hidup Sihat (PHS) Artikel kali ini kami ingin kongsikan  tips mudah tetapi sebenarnya me...
  • Kadar Baru Pos Laju Selepas Pelaksanaan GST 1 April 2015
     Assalamualaikum Kepada para pengguna serta ahli Avail yang ingin membuat pembelian kadar Pos Laju yang akan digunapakai seperti berik...
  • Kempen Kesedaran Kesihatan di Beladau Selat
    Alhamdulillah, atas usahasama dan kerjasama yang diberikan oleh Persatuan Belia Pesada Alamanda, akhirnya ceramah Kempen Kesedaran Kesihatan...
  • CARA PEMBAYARAN
    Sila buat bayaran dengan memilih produk dari katalog kami dan isikan borang pembelian. Semua proses pembelian akan dibuat setelah anda m...

Labels

  • promosi
  • promosi2

Blog Archive

  • ►  2016 (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2015 (12)
    • ►  September (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (5)
    • ►  March (2)
  • ▼  2014 (12)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ▼  June (3)
      • KEMPEN JOM SIHAT DI BULAN RAMADHAN
      • PAKEJ ISTIMEWA UNTUK WANITA BERSALIN ATAU KEGUGURAN
      • KANAK - KANAK KINI TERDEDAH KEPADA RISIKO PENYAKIT
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)

Blog Archive

  • ►  2016 (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2015 (12)
    • ►  September (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (5)
    • ►  March (2)
  • ▼  2014 (12)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ▼  June (3)
      • KEMPEN JOM SIHAT DI BULAN RAMADHAN
      • PAKEJ ISTIMEWA UNTUK WANITA BERSALIN ATAU KEGUGURAN
      • KANAK - KANAK KINI TERDEDAH KEPADA RISIKO PENYAKIT
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)

PROMOSI

PROMOSI

TIP KURUS

 
  • Blogger news

    http://www.calculatorpro.com/

    http://www.dqasehhomestay.blogspot.com/ http://www.majalahsokmo.blogspot.com/
  • Blogroll

    Penafian: Panduan Hidup Sihat (PHS) bukan panduan perubatan yang mutlak, ia dihasilkan berdasarkan bacaan serta pengalaman penulis dan individu yang pernah mengamalkan gaya hidup sihat. Penulis cuba menyediakan panduan ini sebaik mungkin. Info ini lebih bersifat perkongsian maklumat. Sila dapatkan pendapat pakar untuk rujukan dan rawatan lanjut. Sila gunakan maklumat ini sebagai panduan asas sahaja. Penulis tidak akan dipertanggungjawabkan di atas penggunaan maklumat di blog ini.
Copyright © Panduan Hidup Sihat | Powered by Blogger
Design by NewWpThemes | Blogger Theme by Lasantha - Premium Blogger Themes | announcements sharepoint