• Home
  • PAD HERBA UNTUK KESIHATAN WANITA
  • Senarai Rakan Niaga Mengikut Kawasan
  • KATALOG BARU PRODUK AVAIL

Panduan Hidup Sihat

Makanan untuk Kesihatan Diri dan Keluarga

  • Home
  • Bisnes
    • Rakan Niaga
    • Pasaran
    • Bantuan
  • Testimoni
    • Gambar
    • Whatsap
    • Kisah benar
    • Video
  • Fakta Kesihatan
    • Keratan Akhbar
    • gambar
    • Video
  • Promosi
    • pakej
    • pek demo
    • kos penghantaran
    • istimewa
  • katalog
    • 2015
    • 2016
  • Tips Kesihatan
    • Anak
    • Lelaki
    • Wanita
    • Warga Emas
    • Pesakit
  • BAYARAN DAN PENGHANTARAN
  • Hidup Ceria
    • Games
    • Kisah Lucu
    • Video

Cegah Lebih Baik Dari Mengubat

Kesan, Cegah, Rawat.

Cegah Lebih Baik Dari Mengubat

Kesan, Cegah, Rawat

Cegah Lebih Baik Dari Mengubat

Kesan, Cegah, Rawat

Cegah Lebih Baik Dari Mengubat

Kesan, Cegah, Rawat

klik "HUBUNGI RAKAN NIAGA"

PILIH RAKAN NIAGA BERHAMPIRAN ANDA

Tuesday, November 25, 2014

MEMBINA KEKUATAN SELEPAS DEMAM DENGGI

9:49 AM    No comments

Assalamualaikum

Selepas beberapa lama tak update blog ni, saya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman sendiri yang diserang demam denggi dan cara rawatan susulan. Semuanya bermula akhir September apabila saya diserang demam denggi. Kebetulannya hanya beberapa hari nak berhari Raya Korban. Disebabkan tahap platlet darah yang agak teruk 9 sahaja, sedangkan individu normal 150 ke atas, saya terpaksa berada di wad selama seminggu dan susulannya 2 hari untuk ke klinik bagi menguji darah.

Memang agak sedih kerana terpaksa beraya di wad. Tetapi lawatan dari keluarga dan saudara mara meringankan sedikit rasa kesedihan. 


Sampai satu tahap saya sendiri tak dapat gunakan dua belah tangan kerana masalah kesan prosedur pengambilan darah dan masukkan air ke badan. Memang begitu caranya, setiap masa air akan berganti dan setiap 8 jam darah akan diambil. Seluruh tenaga hilang. Platlet darahpun tak naik sangat. Demam denggi TIADA UBAT KHUSUS, ia bergantung pada usaha pengambilan makanan berkhasiat dan sesuai

Selepas 7 hari saya dibenarkan pulang tetapi dengan bersyarat  iaitu tidak demam dan platlet darah kembali normal selepas ujian darah dibuat semula. Berbagai cara digunakan contohnya minum sup ketam nipah, air gamat dan sebagainya masih tak membantu. 

Saya cuba gunakan kaedah yang kini viral di whassap iaitu minum jus daun betik. Hasilnya memang platlet saya naik ke bacaan 110 tetapi masih lagi belum normal dan satu lagi ujian perlu dibuat selang 2 hari dengan bacaan 160. Bagi mereka yang ingin tahu cara buat jus tersebut, boleh lihat gambar di bawah


 Sebenarnya pengalaman berharga dari segi penggunaan produk Avail ialah ketika saya diserang demam semula pada hari ujian darah akan dibuat. Rasa cemas risau dimasukkan semula ke wad, mengilhamkan saya untuk ambil sepaket I food, Alhamdulillah dengan Izin Allah, demam saya kebah sejurus minum IFood. dan begitu seterusnya untuk mengembalikan tenaga yang hilang, merawat sel yang rosak saya terus mengamalkan Ifood, propolis dan I Kid dan kesannya dalam masa sebulan hampir 90% tenaga dan kesihatan saya kembali sediakala. Cuma kekuatan dan semangat masih belum pulih kerana sebenarnya sebelum demam saya dan rakan Avail Success Team telah mengatur pelbagai program seperti ceramah kepada belia, booth dan homeparty, tetapi semua terpaksa ditunda kerana demam denggi. 

Saya sedar ini merupakan ujian yang penuh hikmah dari Allah, cuma sebagai manusia biasa terutama usahawan yang baru bertatih kita memang memerlukan suasana positif dan rakan yang mendorong untuk terus berusaha. Kebetulan penganugerahan pangkat sebagai Bronze Manager (BM) bersama isteri yang telah Qualified Manager (QM) akan dibuat pada 1 November 2014. Saya bulat tekad untuk dapatkan suntikan positif dengan mendengar sendiri usaha dan jerik payah ramai 'leader' yang telah berjaya.  Ternyata sebenarnya ramai yang lebih lagi diuji dan mengalami peristiwa sedih sebelum bergelar usahawan Avail yang berjaya. Contohnya pengasasnya sendiri Cikgu Khoo dihina dan dianggap gila apabila bankrup dan hendak memulakan perniagaaan tuala wanita berherba.



Gambar saya bersama DM Prof Shukri, dan CM Kak Ani sebagai mentor serta isteri untuk sama-sama terus berusaha walau apa sahaja halangan dalam perniagaan. Ini mengingatkan saya kepada seorang Jutawan yang berkongsi tips kekayaan beliau, Katanya jika hendak berjaya dan menjadi jutawan, hendaklah kita memilih rakan atau mentor yang telah berjaya dan jutawan dan begitulah sebaliknya.

Saya juga ingin kongsikan tips ringkas beliau untuk bergelar Jutawan atau sekurangnya menjadi usahawan berjaya seseorang perlu melalui 5 perkara iaitu DANCE

1) Decide (Buat keputusan)
2) Action (Buat tindakan)
3) Noise (Gangguan/halangan/ujian)
4) Change (ubah strategi/pendekatan)
5) Evaluate (nilai semula)

Dua perkara pertama iaitu Decide dan Action memang ramai yang boleh buat, tetapi ramai usahawan terutama usahawan Melayu putus asa apabila berada di peringkat Noise. Samada berhenti bisnes, tukar bisnes atau kembali bekerja sepenuh masa.

Sebab itu saya tambahkan 2 lagi  selepas N iaitu SS (DANSSCE)
1) Syukur apabila beroleh nikmat dan tidak melampau
2) Sabar dengan ujian dan sentiasa bersangka baik dengan Allah

Semoga dengan tips ini dapat kita sama-sama berusaha untuk menjadi Usahawan Jutawan berjaya, In Sha Allah. Saya doakan pembaca semua dapat manfaat dari sedikit perkongsian kali ini.

KLIK UNTUK DAPATKAN PRODUK KESIHATAN DENGAN HARGA AHLI

atau untuk belian biasa

http://panduanhidupsihat.blogspot.com/2014/04/cara-pembayaran.html





Read More
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Social Profiles

TwitterFacebookGoogle PlusLinkedInRSS FeedEmail
  • Popular
  • Tags
  • Blog Archives

LIKE FANPAGE PHS

Panduan Hidup Sihat
  • MEMBINA KEKUATAN SELEPAS DEMAM DENGGI
    Assalamualaikum Selepas beberapa lama tak update blog ni, saya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman sendiri yang diserang demam d...
  • Pembersih dan Pewangi Rumah dan Kereta Semulajadi
    Assalamualaikum Para pembaca setia Panduan Hidup Sihat (PHS) Artikel kali ini kami ingin kongsikan  tips mudah tetapi sebenarnya me...
  • Kadar Baru Pos Laju Selepas Pelaksanaan GST 1 April 2015
     Assalamualaikum Kepada para pengguna serta ahli Avail yang ingin membuat pembelian kadar Pos Laju yang akan digunapakai seperti berik...
  • Kempen Kesedaran Kesihatan di Beladau Selat
    Alhamdulillah, atas usahasama dan kerjasama yang diberikan oleh Persatuan Belia Pesada Alamanda, akhirnya ceramah Kempen Kesedaran Kesihatan...
  • CARA PEMBAYARAN
    Sila buat bayaran dengan memilih produk dari katalog kami dan isikan borang pembelian. Semua proses pembelian akan dibuat setelah anda m...

Labels

  • promosi
  • promosi2

Blog Archive

  • ►  2016 (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2015 (12)
    • ►  September (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (5)
    • ►  March (2)
  • ▼  2014 (12)
    • ▼  November (1)
      • MEMBINA KEKUATAN SELEPAS DEMAM DENGGI
    • ►  September (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)

Blog Archive

  • ►  2016 (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2015 (12)
    • ►  September (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (5)
    • ►  March (2)
  • ▼  2014 (12)
    • ▼  November (1)
      • MEMBINA KEKUATAN SELEPAS DEMAM DENGGI
    • ►  September (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)

PROMOSI

PROMOSI

TIP KURUS

 
  • Blogger news

    http://www.calculatorpro.com/

    http://www.dqasehhomestay.blogspot.com/ http://www.majalahsokmo.blogspot.com/
  • Blogroll

    Penafian: Panduan Hidup Sihat (PHS) bukan panduan perubatan yang mutlak, ia dihasilkan berdasarkan bacaan serta pengalaman penulis dan individu yang pernah mengamalkan gaya hidup sihat. Penulis cuba menyediakan panduan ini sebaik mungkin. Info ini lebih bersifat perkongsian maklumat. Sila dapatkan pendapat pakar untuk rujukan dan rawatan lanjut. Sila gunakan maklumat ini sebagai panduan asas sahaja. Penulis tidak akan dipertanggungjawabkan di atas penggunaan maklumat di blog ini.
Copyright © Panduan Hidup Sihat | Powered by Blogger
Design by NewWpThemes | Blogger Theme by Lasantha - Premium Blogger Themes | announcements sharepoint