• Home
  • PAD HERBA UNTUK KESIHATAN WANITA
  • Senarai Rakan Niaga Mengikut Kawasan
  • KATALOG BARU PRODUK AVAIL

Panduan Hidup Sihat

Makanan untuk Kesihatan Diri dan Keluarga

  • Home
  • Bisnes
    • Rakan Niaga
    • Pasaran
    • Bantuan
  • Testimoni
    • Gambar
    • Whatsap
    • Kisah benar
    • Video
  • Fakta Kesihatan
    • Keratan Akhbar
    • gambar
    • Video
  • Promosi
    • pakej
    • pek demo
    • kos penghantaran
    • istimewa
  • katalog
    • 2015
    • 2016
  • Tips Kesihatan
    • Anak
    • Lelaki
    • Wanita
    • Warga Emas
    • Pesakit
  • BAYARAN DAN PENGHANTARAN
  • Hidup Ceria
    • Games
    • Kisah Lucu
    • Video

Cegah Lebih Baik Dari Mengubat

Kesan, Cegah, Rawat.

Cegah Lebih Baik Dari Mengubat

Kesan, Cegah, Rawat

Cegah Lebih Baik Dari Mengubat

Kesan, Cegah, Rawat

Cegah Lebih Baik Dari Mengubat

Kesan, Cegah, Rawat

klik "HUBUNGI RAKAN NIAGA"

PILIH RAKAN NIAGA BERHAMPIRAN ANDA

Tuesday, November 25, 2014

MEMBINA KEKUATAN SELEPAS DEMAM DENGGI

9:49 AM    No comments

Assalamualaikum

Selepas beberapa lama tak update blog ni, saya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman sendiri yang diserang demam denggi dan cara rawatan susulan. Semuanya bermula akhir September apabila saya diserang demam denggi. Kebetulannya hanya beberapa hari nak berhari Raya Korban. Disebabkan tahap platlet darah yang agak teruk 9 sahaja, sedangkan individu normal 150 ke atas, saya terpaksa berada di wad selama seminggu dan susulannya 2 hari untuk ke klinik bagi menguji darah.

Memang agak sedih kerana terpaksa beraya di wad. Tetapi lawatan dari keluarga dan saudara mara meringankan sedikit rasa kesedihan. 


Sampai satu tahap saya sendiri tak dapat gunakan dua belah tangan kerana masalah kesan prosedur pengambilan darah dan masukkan air ke badan. Memang begitu caranya, setiap masa air akan berganti dan setiap 8 jam darah akan diambil. Seluruh tenaga hilang. Platlet darahpun tak naik sangat. Demam denggi TIADA UBAT KHUSUS, ia bergantung pada usaha pengambilan makanan berkhasiat dan sesuai

Selepas 7 hari saya dibenarkan pulang tetapi dengan bersyarat  iaitu tidak demam dan platlet darah kembali normal selepas ujian darah dibuat semula. Berbagai cara digunakan contohnya minum sup ketam nipah, air gamat dan sebagainya masih tak membantu. 

Saya cuba gunakan kaedah yang kini viral di whassap iaitu minum jus daun betik. Hasilnya memang platlet saya naik ke bacaan 110 tetapi masih lagi belum normal dan satu lagi ujian perlu dibuat selang 2 hari dengan bacaan 160. Bagi mereka yang ingin tahu cara buat jus tersebut, boleh lihat gambar di bawah


 Sebenarnya pengalaman berharga dari segi penggunaan produk Avail ialah ketika saya diserang demam semula pada hari ujian darah akan dibuat. Rasa cemas risau dimasukkan semula ke wad, mengilhamkan saya untuk ambil sepaket I food, Alhamdulillah dengan Izin Allah, demam saya kebah sejurus minum IFood. dan begitu seterusnya untuk mengembalikan tenaga yang hilang, merawat sel yang rosak saya terus mengamalkan Ifood, propolis dan I Kid dan kesannya dalam masa sebulan hampir 90% tenaga dan kesihatan saya kembali sediakala. Cuma kekuatan dan semangat masih belum pulih kerana sebenarnya sebelum demam saya dan rakan Avail Success Team telah mengatur pelbagai program seperti ceramah kepada belia, booth dan homeparty, tetapi semua terpaksa ditunda kerana demam denggi. 

Saya sedar ini merupakan ujian yang penuh hikmah dari Allah, cuma sebagai manusia biasa terutama usahawan yang baru bertatih kita memang memerlukan suasana positif dan rakan yang mendorong untuk terus berusaha. Kebetulan penganugerahan pangkat sebagai Bronze Manager (BM) bersama isteri yang telah Qualified Manager (QM) akan dibuat pada 1 November 2014. Saya bulat tekad untuk dapatkan suntikan positif dengan mendengar sendiri usaha dan jerik payah ramai 'leader' yang telah berjaya.  Ternyata sebenarnya ramai yang lebih lagi diuji dan mengalami peristiwa sedih sebelum bergelar usahawan Avail yang berjaya. Contohnya pengasasnya sendiri Cikgu Khoo dihina dan dianggap gila apabila bankrup dan hendak memulakan perniagaaan tuala wanita berherba.



Gambar saya bersama DM Prof Shukri, dan CM Kak Ani sebagai mentor serta isteri untuk sama-sama terus berusaha walau apa sahaja halangan dalam perniagaan. Ini mengingatkan saya kepada seorang Jutawan yang berkongsi tips kekayaan beliau, Katanya jika hendak berjaya dan menjadi jutawan, hendaklah kita memilih rakan atau mentor yang telah berjaya dan jutawan dan begitulah sebaliknya.

Saya juga ingin kongsikan tips ringkas beliau untuk bergelar Jutawan atau sekurangnya menjadi usahawan berjaya seseorang perlu melalui 5 perkara iaitu DANCE

1) Decide (Buat keputusan)
2) Action (Buat tindakan)
3) Noise (Gangguan/halangan/ujian)
4) Change (ubah strategi/pendekatan)
5) Evaluate (nilai semula)

Dua perkara pertama iaitu Decide dan Action memang ramai yang boleh buat, tetapi ramai usahawan terutama usahawan Melayu putus asa apabila berada di peringkat Noise. Samada berhenti bisnes, tukar bisnes atau kembali bekerja sepenuh masa.

Sebab itu saya tambahkan 2 lagi  selepas N iaitu SS (DANSSCE)
1) Syukur apabila beroleh nikmat dan tidak melampau
2) Sabar dengan ujian dan sentiasa bersangka baik dengan Allah

Semoga dengan tips ini dapat kita sama-sama berusaha untuk menjadi Usahawan Jutawan berjaya, In Sha Allah. Saya doakan pembaca semua dapat manfaat dari sedikit perkongsian kali ini.

KLIK UNTUK DAPATKAN PRODUK KESIHATAN DENGAN HARGA AHLI

atau untuk belian biasa

http://panduanhidupsihat.blogspot.com/2014/04/cara-pembayaran.html





Read More

Sunday, September 14, 2014

Temui Avail Success Team (AST) di gerai karnival dan jualan serta hubungi kami untuk pemeriksaan percuma

11:49 AM    No comments

 Untuk Pemeriksaan Percuma atau maklumat lanjut bagaimana untuk mendapatkan produk kami anda boleh hubungi kami:

  • Khairul (019-9863784)
  • Anuar (013-9606851)
  • Hafizul (014-5271080)
  • Blog rasmi: www.panduanhidupsihat.blogspot.com
  • Emel: khairulafzan@gmail.com 

Info secara online berkenaan produk sila klik di bawah
pad herba (evergreen product)
produk-produk lain

Menjadi rakan niaga Avail (Avail Success Team)

http://panduanhidupsihat.blogspot.com/2014/04/cara-pembayaran.html
 

Nantikan kemunculan AST di beberapa Booth di sekitar bandar Kuala Terengganu.


1) Gerai kami di Rusila, setiap pagi jumaat dari 8.00 pg - 11.30 pg



 2) On9 Shop Festival Terengganu 1.0 pada 5 & 6 September dari jam 10.00 pg - 10.00 malam




 

Read More

Sunday, June 29, 2014

KEMPEN JOM SIHAT DI BULAN RAMADHAN

10:42 AM    No comments



BULAN RAMADHAN MERUPAKAN BULAN PENUH KEBERKATAN….INILAH MASANYA UNTUK ANDA MEMBANTU BADAN ANDA UNTUK KEMBALI SIHAT DAN CERGAS…

"Mukmin Yang Kuat Lebih Baik Dan Dikasihi Allah Dari Mukmin Yang Lemah”

 
بسم الله الرحمن الرحيم
 قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
(( المؤمنُ القويُّ خيرٌ وأَحبُّ إلى الله مِن المؤمنِ الضَّعيف، وفي كلٍّ خيرٌ،اِحْرِصْ على ما ينفعُكَ، واستعن بالله ولا تَعْجِزْ، وإن أصابكَ شيء فلا تَقُل : لو أني فعلتُ كان كذا وكذا، ولكن قل : قَدَّر الله، وما شاء فعل، فإن "لو" تفتح عمل الشيطان ))
أخرجه مسلم وابن ماجه والإمام أحمد

Maksudnya : Sabda Rasulullah saw. (( Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik dan disayangi Allah dari seorang mukmin yang lemah. Dan pada setiap orang (yang mukmin) itu ada kebaikan (kerana imannya), sentiasalah tamak kepada apa yang memberi manfaat kepadamu (di akhirat) dan mintalah pertolongan daripada Allah (dalam melaksanakannya), dan janganlah rasa lemah (malas dalam melaksanakannya), dan sekiranya kamu ditimpa sesuatu musibah maka janganlah kamu kata “kalaulah aku buat begini begini (nescaya tak kena)” tapi katakanlah “Allah telah metaqdirkannya” dan Allah Maha melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya, kerana sesungguhnya (perkataan) “kalau” itu membuka jalan kepada syaitan (untuk merosakkan aqidah) ))


 PAKEJ 1:
MENGEKALKAN KESEGARAN BADAN UNTUK BEKERJA DAN BERIBADAT

  • I-FOOD = mengurangkan rasa cepat lapar dan keletihan serta membantu menyahtoksin (membuang racun) dalam badan

  •  I- KID = Membantu mengekalkan daya tumpuan dan mengurangkan rasa mengantuk

  • GREENFIT = membantu menyegarkan badan dan memperbaiki sistem pencernaan serta sesuai bagi yang ingin mendapatkan berat badan yang ideal

  • AVAIL PROPOLIS = membantu mengurangkan masalah alergi, resdung, selsema, mengawal paras gula dalam darah, serta mempercepatkan proses penyembuhan terutama dalaman badan serta membantutkan sel kanser

PAKEJ 2:
MEMBANTU MENGAWAL MASALAH DARAH TINGGI DAN  RISIKO SAKIT JANTUNG

  • I-FOOD
  • GREENFIT 
  • LISSELIFE : mencegah pembentukan kolestrol dalam darah, serta membantu mencegah masalah saluran darah, jantung dan otak.
PAKEJ 3:
MEMBERSIH DAN MENINGKATKAN KESIHATAN RAHIM UNTUK MENAMBAH POTENSI KEHAMILAN
  • FC COMBINATION (PANTILINER + DAY USE + NIGHT USE) = berfungsi membersihkan mahkota wanita, serta meningkatkan tahap kebersihan dan kesihatan rahim, serta membantu mengelakkan risiko kanser dengan pemakaian tuala wanita biasa
  • I-FOOD
  • AVAIL PROPOLIS
  • GREENFIT
PAKEJ 4:
MEMBERSIHKAN & MERAWAT MULUT
  • ·    AVAIL BRITE TOOTHGEL = mengurangkan rasa mulut kering. Sangat sesuai terutama bagi mereka yang ingin bertadarrus atau mengaji sepanjang Ramadhan.

UNTUK PAKEJ DENGAN HARGA PROMOSI SILA HUBUNGI SEGERA:  

KHAIRUL : 019-9863784/  ANUAR: 013-9606851/ HAFIZUL: 014-5271080
(PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA DISEDIAKAN*)


*Tertakluk pada terma & syarat

(UNTUK PANDUAN PEMAKANAN SILA WHATSAP 0139863784)

http://panduanhidupsihat.blogspot.com/2014/04/cara-pembayaran.html


Read More

Thursday, June 12, 2014

PAKEJ ISTIMEWA UNTUK WANITA BERSALIN ATAU KEGUGURAN

11:17 AM  promosi2  No comments


ISTIMEWA PAKEJ PROMOSI UNTUK MEMBANTU MENGEMBALIKAN KESIHATAN WANITA BERSALIN ATAU KEGUGURAN DEMI KEBAHAGIAN KELUARGA


HARGA BIASA: RM 226

HARGA PROMOSI: RM 190

JIMAT : RM 36

KOS PENGHANTARAN PERCUMA DI SELURUH MALAYSIA

 Bagaimana Produk ini digunakan:

1) Avail Propolis boleh membantu memulihkan sel, meningkatkan daya imun, mempercepatkan proses pemulihan akibat pembedahan dan sebagainya. (Pengambilan 2 botol dengan 3 - 5 titisan sehari mampu digunakan lebih sebulan)

2) I-Food berkesan membantu membekalkan tenaga dan menyahtoksin badan. (penggunaan 3 pek bersama dengan shaker membantu menyahtoksin dari badan dan membekalkan tenaga untuk tempoh awal penggunaan pakej bersalin atau keguguran ini)

3) Pantiliner, pad day & night berkesan membantu memulihkan kebersihan bahagian sulit wanita, membuang darah kotor atau lebihan kesan dari bersalin atau keguguran, membantu memperbaiki kitaran haid dan tahap kesuburan wanita serta pelbagai lagi kegunaan. (Pantiliner mengandungi 20 keping pad yang boleh dipakai dengan selesa kerana saiznya kecil tetapi kadar serapan tinggi kerana diperbuat dari kapas - 40 keping pad yang dibekalkan dalam pakej ini bersama dengan night & day pad (10 keping/sebungkus pad)   mampu digunakan untuk tempoh 1 bulan. Pantiliner perlu ditukar lebih kerap sekurangnya 3 keping sehari.

Pakej di atas tertakluk pada penggunaan 1 bulan tempoh pemulihan. Sekiranya anda inginkan pemulihan yang lebih baik dan menyeluruh, disarankan pembelian pakej untuk kegunaan 3 bulan.

Hubungi: Khairul 0199863784 untuk pengesahan pembelian

atau 

http://panduanhidupsihat.blogspot.com/2014/04/cara-pembayaran.html

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SILA KLIK UNTUK INFO LANJUT PRODUK AVAIL



Read More

KANAK - KANAK KINI TERDEDAH KEPADA RISIKO PENYAKIT

10:27 AM    No comments

KANAK-kanak sihat adalah aset negara. Bagaimanapun, mereka kini dikatakan terdedah kepada risiko menghidap pelbagai penyakit ekoran mengamalkan budaya pemakanan tidak sihat. Rencana pertama daripada dua bahagian ini cuba menerokai kebenarannya.

KUALA LUMPUR - Kesibukan bekerja, menyebabkan ada segelintir ibu bapa memandang remeh mengenai amalan makanan seimbang dan pengambilan nutrisi sebetulnya mengikut keperluan umur anak.   

Ditambah pula, kebanyakan isteri atau ibu pada masa kini tidak lagi menjadi surirumah sepenuh masa tetapi turut bekerja bagi membantu meringankan perbelanjaan isi rumah.
  
Tidak dinafikan, mungkin ada antaranya ingin memasak tetapi disebabkan rasa letih sebaik sahaja menjejakkan kaki ke rumah mendorong mereka mengambil jalan mudah dalam aspek penyediaan makanan anak.
  
Walhal mendidik anak dengan makanan sihat penting dalam proses tumbesaran mereka. Namun, aspek ini jarang sekali disentuh tetapi menuntut perhatian jitu pihak berkaitan khususnya ibu bapa.
  
Ini kerana, status kesihatan kanak-kanak hari ini berada pada tahap semakin membimbangkan.
 
Peningkatan obes
 
Hasil beberapa kajian sebelum ini mendapati statistik kesihatan awam berada pada tahap membimbangkan apabila mencatat peningkatan kes berat badan berlebihan dalam kalangan kanak-kanak.
  
Kaji selidik oleh Kajian Nutrisi Asia Tenggara (Seanuts) mendapati satu daripada 20 kanak-kanak mengalami kurang berat badan manakala satu daripada lima kanak-kanak mengalami lebihan berat badan atau obes.
  
"Secara keseluruhannya, kanak-kanak negara ini menghadapi dua kes iaitu kekurangan nutrisi dan pemakanan berlebihan.

"Tetapi pemakanan berlebihan adalah lebih lazim, yang memerlukan semua pihak khususnya ibu bapa memandang serius mengenai aspek ini," kata Ketua Program Sains Nutrisi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Poh Bee Koon.
  
Beliau berkata demikian ketika membentangkan hasil kajian itu pada majlis 'Bringing Health and Nutrition Back to Malaysian Children' anjuran Dutch Lady Malaysia.
  
Kajian ini hasil kerjasama antara FrieslandCampina dan empat universiti antarabangsa melibatkan Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Thailand.

Seramai 16,744 kanak-kanak terlibat dalam kajian nutrisi ini yang mana 3,542 adalah dari Malaysia meliputi bandar dan luar bandar.
 
Masalah global
 
Dapatan kajian Seanuts ini pada masa sama selari atau menyokong hasil kaji selidik yang pernah dilakukan sebelum ini.
  
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) misalnya pernah menjangkakan masalah obes kanak-kanak akan menjadi kebimbangan bukan sahaja dalam kalangan negara maju malahan membangun pada abad ke-21.
  
Negara-negara Asia tidak terkecuali, apabila perangkaan WHO mendapati kanak-kanak prasekolah yang mengalami lebihan berat badan di negara berkenaan dijangka meningkat 4.9 peratus menjelang tahun 2020 berbanding hanya 3.2 peratus pada 1990.
 
Trend ini dilihat sebagai 'masalah global' yang turut merunsingkan Malaysia sehingga menarik perhatian pemimpin negara termasuk Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam.
  
Beliau yang dipetik berkata kadar obesiti di negara ini semakin serius dan perlu diatasi segera. Ini memandangkan, rekod kesihatan menunjukkan peningkatan kadar daripada 44.4 peratus pada 1996 melonjak kepada 59.1 peratus pada 2011 iaitu peningkatan sebanyak 15.1 peratus.
  
Segala perangkaan mahupun statistik ini memberi erti jelas bahawa sudah tiba masanya ibu bapa menilai kembali peranan mereka dalam penyediaan pemakanan sihat kepada anak.
 
Tambahan pula, masalah obesiti berisiko mengundang pelbagai penyakit kronik seperti buah pinggang, hipertensi, serangan jantung dan strok selain masalah psikologi berkaitan kurang keyakinan diri.
  
Obesiti terjadi apabila wujud lebihan lemak yang menyebabkan pertambahan berat badan susulan pengambilan makanan tinggi kandungan gula, garam, minyak dan lemak.
  
Keadaan menjadi lebih buruk lagi, apabila pengambilan makanan mengikut nafsu itu tidak disusuli dengan senaman.
 
Mengapa ibu bapa?
 
Mungkin ada yang mempersoal mengapa ibu bapa? Walhal, kanak-kanak hari ini terdedah kepada kepelbagaian faktor persekitaran luar yang boleh menarik perhatian mereka kepada pengambilan makanan tinggi lemak dan gula.
  
Sememangnya peranan itu tidak dinafikan, tetapi ibu bapa menjadi tunggak penting membentuk anak dengan kehidupan sihat melalui amalan pemakanan keluarga dan pemakanan harian mereka di rumah.
  
Bagaimanapun, sikap segelintir ibu bapa, yang tidak prihatin mengenai keperluan nutrisi sebetulnya mengikut carta piramid makanan yang disyorkan, mendedahkan kanak-kanak kepada tabiat pemakanan tidak sihat.
  
Memburukkan lagi keadaan dengan kewujudan restoran dan gerai makanan yang beroperasi 24 jam sehari seperti menggalakkan lagi tabiat buruk pemakanan, dan faktor ini juga diakui Pakar Perunding Pediatrik, Datuk Dr Zulkifli Ismail.
  
Beliau dipetik sebagai berkata masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak semakin serius apabila dianggarkan 40 peratus berlaku berikutan gaya hidup ibu bapa yang gemar membawa keluarga makan di luar terutama pada waktu malam.
  
Perkara itu dipersetujui oleh Dr Poh dengan berkata, "apabila ekonomi negara semakin baik dan rakyat pun sudah berkemampuan, membolehkan mereka membeli dan makan dengan banyak. Kita harapkan mereka membeli makanan sihat tetapi selalunya adalah sebaliknya".
 
Tempoh kritikal
 
Keadaan semakin meruncing apabila kanak-kanak sudah didedahkan sejak kecil dengan makanan tidak seimbang yang akhirnya menjadi rutin kehidupan.
  
Menjadi masalah, ibu bapa pula tidak bertegas dan lebih cenderung untuk ikut kata hati anak dengan memenuhi selera dan kegemaran anak semata-mata.

Ibu bapa harus sedar, alam kanak-kanak adalah tempoh kritikal kerana pada masa inilah mereka memupuk tabiat suka kepada sesuatu makanan.
  
Kecenderungan menikmati makanan segera dengan kerap akan membahayakan kesihatan kerana mengandungi kalori, lemak, garam dan gula yang tinggi.
  
Satu kajian oleh University of Minnesota School of Public Health dan National University of Singapore mendapati mereka yang makan empat kali seminggu makanan segera berisiko 80 peratus mati akibat penyakit jantung koronari.
  
"(Semua ini termasuklah) hasil kajian Seanuts menunjukkan perhatian segera perlu diambil oleh ibu bapa dan pihak bertanggungjawab untuk mempertingkatkan status kesihatan kanak-kanak lebih baik," kata Dr Poh.
 
Pengawalan harus dilakukan bukan hanya mengelakkan obes tetapi pemakanan baik mengikut piramid makanan disyorkan bagi membantu anak membesar dengan sihat, sempurna dan cergas. - Bernama

Sumber dari: http://www.sinarharian.com.my/rencana/kesihatan-kanak-kanak-semakin-membimbangkan-1.289418

DAPATKAN I-KID UNTUK MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN ANAK-ANAK ANDA

Read More

Friday, May 16, 2014

JANGAN RISAU ANAK YANG KURANG IMUN BADAN TAK MAKAN UBAT LAGI, ADA CARA PENYELESAIAN..

12:25 PM    No comments

Keadaan cuaca yang tidak menentu, jerebu, wabak dan pelbagai jenis virus menular di seluruh dunia mungkin menjadi ancaman kepada kesihatan kita. Sebut sahaja selsema burung,  JE dan terbaru MERS di timur tengah menjadi berita dan liputan yang mendapat perhatian dunia dan Malaysia khususnya.

Ancaman ini tidak mengenal sesiapa bahkan ia mungkin terjadi kepada diri kita sendiri atau ahli keluarga dan sahabat handai. Jika rawatan awal mampu menyembuhkan tak mengapa, tapi jika keadaan sebaliknya mungkin bukan sahaja menyukarkan kehidupan kita bahkan keluarga yang mungkin terpaksa menjaga dan menguruskan kita. 

Tips kali ini saya ingin kongsikan bagaimana penggunaan I kid dapat membantu meningkatkan sistem imun badan anak-anak melawan penyakit. Kita tahu ada kanak-kanak yang sukakan coklat. Jadi biasanya I kid senang di makan seperti coklat kerana rasanya pun seperti coklat susu. Dalam kes seperti ini kita hanya katakan I Kid ni coklat...kalau dah kata ubat memang tak makan ler  jawabnya. lagipun sebagai supplement atau makanan tambahan memang I-Kid bukan kategori ubat seperti ubat demam yang berkesan sekelip mata tapi bukan untuk jangkamasa panjang.

Bagi anak-anak yang tidak sukakan ubat seperti kapsul, tablet atau ubat yang kuat perasa seperti jenama **** yang kuat rasa hanyir ikannya dan orennya, cara terbaik ialah dengan mencampurkan i kid yang telah di hancurkan dalam susu anak-anak. Caranya seperti berikut:

1) Sedia sudu, piring kecil, beberapa biji I-Kid dan susu yang dibancuh di dalam botol seperti gambar di bawah


2) Kemudian letakkan biji coklat/tablet I kid tadi ke dalam piring dan dihancurkan dengan tangan yang dibasuh bersih terlebih dahulu



3) Kemudiannya, hancurkan sehingga halus dengan menggunakan sudu


4) Serbuk tadi perlu diisi ke dalam botol dan digoncang.


Selesai le.. cara penyediaan susu dengan I-Kid. Jangan risau anak anda mengesan kehadiran I-Kid di dalam susu sebab rasanya memang dah susu..hehe.


Kesannya bergantung pada setiap individu (mak ayah pun boleh makan sebenarnya untuk tingkat daya tumpuan kerja dan imun) atau anak-anak. Ada yang menunjukkan kesan dalam seminggu dan ada sebulan.

Apa-apapun selamat mencuba dan beramal. Insyallah berkesan pujuk anak tak nak makan ubat.

Pesanan tambahan untuk beri kesan imun yang lebih baik terutama bagi anak-anak yang mengidap asthma, alahan, leukimia dan sebagainya, beberapa titis propolis ke dalam susu tadi akan meningkatkan keberkesanannya kepada anak-anak. untuk pemulihan. Tapi disarankan pengambilan berterusan sekurangnya tiga bulan untuk melihat hasil yang positif. Insyallah.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
UNTUK INFO LANJUT PRODUK I - KID SILA KLIK DI SINI
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Read More

Saturday, May 10, 2014

ALHAMDULILLAH, TIADA LAGI MASALAH RESDUNG DAN GATAL WALAUPUN MAKAN UDANG DAN SOTONG

11:11 AM    No comments

Semalam, baru sahaja menikmati keenakan udang dan sotong ala steamboard di D'Ganu restoran steamboard di pulau Duyung, Terengganu. Kalau sebelum ni setiap kali makan makanan laut terutama udang, terus gatal muka dan hidung mula berhingus, Alhamdulillah, selepas mengamalkan minum propolis bersama dengan air masak, makan makanan laut tidak lagi menjadi masalah.



Sebenarnya penggunaan propolis tidak rumit, bahkan ia lebih bersifat semulajadi kerana cara pengambilannya boleh dibuat dengan mencampurkan ke dalam air minuman sahaja.

Langkah penggunaan propolis yang akan saya kongsikan seperti di bawah:

1) Sediakan sebotol air masak atau air mineral


2) Titiskan propolis ke dalam botol air tersebut. Peringkat awal, 6- 8 titisan dan kemudianya pengambilan boleh dikurang 3- 5 titisan sebotol untuk memastikan keberkesanannya.

3) Ta...ra...tersedia air yang sudah bercampur dengan propolis. Ia sedia untuk diminum kerana kebaikannya meningkatkan antibodi badan melawan penyakit, membantutkan sel kanser, merawat resdung, selsema, mengecilkan liang pori, melicinkan wajah, penstabil gula dalam darah  dan sebagainya. Cuma keberkesanannya bergantung pada tahap tindakbalas setiap individu. Biasanya untuk melihat kesan nyata dan berpanjangan pengambilan perlulah berterusan sehingga 3 bulan.

4) Selain itu, sekiranya akibat kesan pemulihan awal, kadang-kadang jerawat mula timbul. Anda boleh sapukan propolis untuk mengecutkan dan membantutkan pertumbuhan jerawat tersebut. Bukan sahaja jerawat, ketumbik atau bengkak di bahagian kelopak mata juga boleh disapukan propolis untuk mengecutkannya.


Maklumat lanjut berkenaan produk propolis klik di sini


http://panduanhidupsihat.blogspot.com/2014/04/cara-pembayaran.html

Read More

Thursday, May 1, 2014

KESIHATAN YANG BAIK TIDAK DAPAT DINILAI DENGAN WANG RINGGIT

9:25 AM    No comments

KECANTIKAN DAN KESIHATAN DARI TUBUH BADAN YANG SIHAT DAN IDEAL


Apabila pertama kali diperkenalkan dengan pad herba ini, mungkin persoalan yang timbul sejauhmanakah keberkesanannya kepada pengguna. Kenapa perlu bayar lebih sedangkan pad di pasaran boleh dibeli dengan harga murah. Sebenarnya cara terbaik mari sama-sama kita meneliti video yang dipaparkan dibawah:


Soalan yang biasa ditanya

1) Bolehkah FC Bio Sanitary Pad boleh dipercayai?
 Jawapan: Ya, FC Bio Sanitary Pad memang selamat digunakan. Ia dirumus dengan 17 jenis ramuan herba asli semulajadi yang istimewa dan mempunyai jaminan insuran bernilai RM 3 juta.

Contoh herba digunakan seperti  berikut:
2) Bolehkah wanita yang hamil menggunakan Pad ini?
 Jawapan: Keadaan wanita hamil adalah berbeza. Jadi mereka tidak digalakkan menggunakan pad ini. Tetapi sebaliknya selepas bersalin pad ini penting bagi memperbaiki kesihatan ibu bersalin.

3) Haid baru berakhir, tetapi kenapa cairan merah tua terhasil selepas menggunakan pad ini, adakah haid datang semula. 
Jawapan: FC Bio Sanitary pad ini membantu membuangkan darah haid  yang tertinggal dalam rahim, jadi terhasillah cairan merah tua. Ini adalah fenomena yang sihat.

4) Kenapa saya perlu meneruskan penggunaan pad herba ini walaupun saya tidak merasai apa-apa tindakbalas? 
 Jawapan: Mereka yang sihat memang tiada tindakbalas pemulihan. Pad herba ini merupakan tuala wanita berkualiti, bahan mentahnya dijamin selamat, tiada agen fluoresen, agen peluntur berklorin, dioksin dan bahan karsinogen merbahaya yang lain. Berfaedah bagi pengguna jangkamasa panjang kerana ia membantu mencegah jangkitan, membasmi kuman, menghilangkan bau, mencegah kegatalan dan memberi perasaan selesa dan dingin.

5) Apakah kelebihan FC Bio Sanitary Pad kepada mereka yang bermasalah senggugut?
Jawapan: Menurut maklumbalas pengguna yang bermasalah senggugut, menggalakkan penggunaan pantiliner sepanjang 24 jam, perlulah bertukar pantiliner 3 - 4 keping setiap hari. Segala masalah senggugut dan sakit belakang akan hilang selepas sebulan. Tetapi setiap wanita mempunyai tahap kesihatan dan masalah senggugut yang berbeza, jadi tempoh pemulihan adalah berbeza mengikut individu.

APA KATA MEREKA YANG TELAH MENGGUNAKANNYA, BACA TESTIMONI SELANJUTNYA

http://panduanhidupsihat.blogspot.com/2014/04/cara-pembayaran.html

Read More

Friday, April 25, 2014

TESTIMONI PENGGUNA

1:38 PM    No comments

 

APA KATA PENGGUNA PRODUK PAD HERBA INI


Aminah Shariff , 49 Tahun, Selangor ( Masalah Senggugut )
Setelah menggunakan FC Bio Sanitary Pad, masalah senggugut saya telah semakin menghilang dan tidak berasa sakit lagi ketika haid. Kini, saya berasa sungguh berkeyakinan. 
Hani Azura, 34 Tahun, Selangor ( Kitaran Haid Tidak menentu, Masalah senggugut )
Saya mengalami masalah kitaran haid tidak menentu dan senggugut. Bersyukurnya, semua masalah yang dihadapi telah hilang selepas menggunakan FC Bio Sanitary Pad. Terima Kasih Avail!
Hjh. Subardini Bt. Hj. Nawawi, 49 Tahun, Sarawak ( Haid Tidak Menentu )
Haid saya datang 2 bulan sekali dan tidak lancar. Setelah menggunakan FC Bio Sanitary Pad, haid pada hari pertama dan kedua mengalir dengan lancar. Saya memakai FC pantiliner bermula pada hari ketiga haid sehingga hari kelima haid berhenti. Kitaran haid saya sudah menjadi teratur. Saya sangat berpuas hati, terima kasih Avail!
Noor Adilah Bt. Che Mat, 37 Tahun, Putrajaya ( Masalah Keputihan dan Kegatalan )
Masalah keputihan dan berbau telah hilang selepas saya menggunakan FC Bio Sanitary Pad. Masalah kegatalan yang sering saya alami juga telah hilang. Kini, saya tidak perlu risau akan masalah haid lagi. Terima kasih kepada Avail kerana memperkenalkan tuala wanita yang begitu hebat!
Roziah Bt. Mat Johan, 41 Tahun, Kuala Lumpur ( Jangkitan Kuman )
Saya sering menghadapi masalah jangkitan kuman di bahagian faraj yang mengakibatkan jangkitan saluran urinari. Saya telah bebas daripada masalah ini sejak menggunakan FC Bio Sanitary Pad. Saya akan meneruskan penggunaan FC Bio Sanitary Pad yang begitu Hebat ini! 


Salasiah Bt.Abdul Mutalib, 46 Tahun, Selangor ( Sakit Pinggang dan Belakang Ketika Haid )
Saya sentiasa berasa sakit pinggang dan belakang ketika haid. Masalah ini amat menganggu emosi saya. Tetapi setelah saya diperkenalkan dengan FC Bio Sanitary Pad, semua masalah tersebut telah hilang pada bulan ketiga. Saya akan meneruskan penggunaan FC Bio Sanitary Pad demi kesihatan dan kebahagian rumahtangga saya.
Salmah Ibrahim, 46 Tahun, Kuala Lumpur ( Masalah Senggugut )
Saya menghadapi masalah senggugut yang amat teruk. Saya mula menggunakan FC Bio Sanitary Pad pada 3 bulan yang lalu, kini, masalah senggugut telah semakin menghilang dan tidak berasa sakit lagi. Saya lebih berkeyakinan sekarang!

KLIK UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN SEKARANG
---------------------------------------------------------------------------------------------------
 KLIK DI SINI UNTUK RANGKAIAN PRODUK KECANTIKAN & KESIHATAN 
---------------------------------------------------------------------------------------------------


PROGRAM RAKAN NIAGA

Read More
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Social Profiles

TwitterFacebookGoogle PlusLinkedInRSS FeedEmail
  • Popular
  • Tags
  • Blog Archives

LIKE FANPAGE PHS

Panduan Hidup Sihat
  • MEMBINA KEKUATAN SELEPAS DEMAM DENGGI
    Assalamualaikum Selepas beberapa lama tak update blog ni, saya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman sendiri yang diserang demam d...
  • Pembersih dan Pewangi Rumah dan Kereta Semulajadi
    Assalamualaikum Para pembaca setia Panduan Hidup Sihat (PHS) Artikel kali ini kami ingin kongsikan  tips mudah tetapi sebenarnya me...
  • Kadar Baru Pos Laju Selepas Pelaksanaan GST 1 April 2015
     Assalamualaikum Kepada para pengguna serta ahli Avail yang ingin membuat pembelian kadar Pos Laju yang akan digunapakai seperti berik...
  • Kempen Kesedaran Kesihatan di Beladau Selat
    Alhamdulillah, atas usahasama dan kerjasama yang diberikan oleh Persatuan Belia Pesada Alamanda, akhirnya ceramah Kempen Kesedaran Kesihatan...
  • CARA PEMBAYARAN
    Sila buat bayaran dengan memilih produk dari katalog kami dan isikan borang pembelian. Semua proses pembelian akan dibuat setelah anda m...

Labels

  • promosi
  • promosi2

Blog Archive

  • ►  2016 (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2015 (12)
    • ►  September (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (5)
    • ►  March (2)
  • ▼  2014 (12)
    • ▼  November (1)
      • MEMBINA KEKUATAN SELEPAS DEMAM DENGGI
    • ►  September (1)
      • Temui Avail Success Team (AST) di gerai karnival d...
    • ►  June (3)
      • KEMPEN JOM SIHAT DI BULAN RAMADHAN
      • PAKEJ ISTIMEWA UNTUK WANITA BERSALIN ATAU KEGUGURAN
      • KANAK - KANAK KINI TERDEDAH KEPADA RISIKO PENYAKIT
    • ►  May (3)
      • JANGAN RISAU ANAK YANG KURANG IMUN BADAN TAK MAKAN...
      • ALHAMDULILLAH, TIADA LAGI MASALAH RESDUNG DAN GATA...
      • KESIHATAN YANG BAIK TIDAK DAPAT DINILAI DENGAN WAN...
    • ►  April (4)
      • TESTIMONI PENGGUNA

Blog Archive

  • ►  2016 (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2015 (12)
    • ►  September (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (5)
    • ►  March (2)
  • ▼  2014 (12)
    • ▼  November (1)
      • MEMBINA KEKUATAN SELEPAS DEMAM DENGGI
    • ►  September (1)
      • Temui Avail Success Team (AST) di gerai karnival d...
    • ►  June (3)
      • KEMPEN JOM SIHAT DI BULAN RAMADHAN
      • PAKEJ ISTIMEWA UNTUK WANITA BERSALIN ATAU KEGUGURAN
      • KANAK - KANAK KINI TERDEDAH KEPADA RISIKO PENYAKIT
    • ►  May (3)
      • JANGAN RISAU ANAK YANG KURANG IMUN BADAN TAK MAKAN...
      • ALHAMDULILLAH, TIADA LAGI MASALAH RESDUNG DAN GATA...
      • KESIHATAN YANG BAIK TIDAK DAPAT DINILAI DENGAN WAN...
    • ►  April (4)
      • TESTIMONI PENGGUNA

PROMOSI

PROMOSI

TIP KURUS

 
  • Blogger news

    http://www.calculatorpro.com/

    http://www.dqasehhomestay.blogspot.com/ http://www.majalahsokmo.blogspot.com/
  • Blogroll

    Penafian: Panduan Hidup Sihat (PHS) bukan panduan perubatan yang mutlak, ia dihasilkan berdasarkan bacaan serta pengalaman penulis dan individu yang pernah mengamalkan gaya hidup sihat. Penulis cuba menyediakan panduan ini sebaik mungkin. Info ini lebih bersifat perkongsian maklumat. Sila dapatkan pendapat pakar untuk rujukan dan rawatan lanjut. Sila gunakan maklumat ini sebagai panduan asas sahaja. Penulis tidak akan dipertanggungjawabkan di atas penggunaan maklumat di blog ini.
Copyright © Panduan Hidup Sihat | Powered by Blogger
Design by NewWpThemes | Blogger Theme by Lasantha - Premium Blogger Themes | announcements sharepoint