• Home
  • PAD HERBA UNTUK KESIHATAN WANITA
  • Senarai Rakan Niaga Mengikut Kawasan
  • KATALOG BARU PRODUK AVAIL

Panduan Hidup Sihat

Makanan untuk Kesihatan Diri dan Keluarga

  • Home
  • Bisnes
    • Rakan Niaga
    • Pasaran
    • Bantuan
  • Testimoni
    • Gambar
    • Whatsap
    • Kisah benar
    • Video
  • Fakta Kesihatan
    • Keratan Akhbar
    • gambar
    • Video
  • Promosi
    • pakej
    • pek demo
    • kos penghantaran
    • istimewa
  • katalog
    • 2015
    • 2016
  • Tips Kesihatan
    • Anak
    • Lelaki
    • Wanita
    • Warga Emas
    • Pesakit
  • BAYARAN DAN PENGHANTARAN
  • Hidup Ceria
    • Games
    • Kisah Lucu
    • Video

Cegah Lebih Baik Dari Mengubat

Kesan, Cegah, Rawat.

Cegah Lebih Baik Dari Mengubat

Kesan, Cegah, Rawat

Cegah Lebih Baik Dari Mengubat

Kesan, Cegah, Rawat

Cegah Lebih Baik Dari Mengubat

Kesan, Cegah, Rawat

klik "HUBUNGI RAKAN NIAGA"

PILIH RAKAN NIAGA BERHAMPIRAN ANDA

Saturday, October 8, 2016

Kini Kos dan Pengendalian Pos Seunit Produk pada kadar Rata

6:46 PM    No comments

Assalamualaikum

Istimewa buat pembaca Panduan Hidup Sihat. Kini kami mengadakan promosi dan cuba percubaan untuk sebarang pembelian seunit produk kos pos dan pengendalian hanyalah RM 5 sahaja tanpa mengambil kira kadar berat barang tersebut. (kadar RM5 hanya untuk semenanjung Malaysia sahaja, Sabah dan Sarawak RM 10 seunit barang)

Tujuan kami untuk memudahkan tempahan secara atas talian untuk semua produk kami. Promosi ini tertakluk pada produk yang tertera pada Katalog 2016 dan pembelian melalui link belian yang telah disediakan di bawah gambar produk seperti berikut:


Bagaimana di kira sebagai Satu Unit Produk

Contoh:

1 unit atau 1 kotak Nutridiet (anggaran berat 300 gram)  (dikenakan kos pos dan pengendalian RM 5
2 unit atau 2 kotak Nutridiet (anggaran berat 600 gram) adalah RM5 x2 unit = RM10


Sebelum order dibuat sila pastikan semua maklumat anda di isi ke dalam borang tempahan seperti berikut.




Kini pembelian produk kesihatan kami semudah ABC.

Bandingkan kadar promosi kami dengan kadar Pos Laju 



Read More

Monday, September 28, 2015

KLOROFIL ANTI PENUAAN DAN PENAWAR SEMULAJADI

3:41 AM    No comments

PROMOSI BULAN SEPTEMBER - OKTOBER 2015


KOS PENGHANTARAN PERCUMA AVAIL KLOROFIL 
Apakah Klorofil?

Klorofil merupakan penawar semulajadi didapati pada pigmen hijau tumbuh-tumbuhan hijau. Dalam proses fotosintesis, klorofil dalam tumbuh-tumbuhan hijau menyerap dan menyimpan tenaga daripada cahaya matahari bersama dengan karbon dioksida di udara, air dan mineral-mineral dari tanah untuk menghasilkan makanan. Tenaga itu diperlukan untuk menukar air dan karbon dioksida menjadi glukosa - sumber utama tenaga untuk semua organisma hidup.

Pakar pemakanan Prof. Benard Jensen menjelaskan bahawa klorofil amat berkesan dalam mengurangkan sisa-sisa perubatan dengan mencucinya keluar dan mempertingkatkan oksigen dalam badan. Klorofil juga merupakan suplemen yang kaya dengan mineral penting yang dapat membantu pembaikan jaringan membersihkan darah, membantu hati dalam menghasilkan sel darah merah dan membersihkan dalaman badan.

Kenapa klorofil Avail?

  • Kualiti dan kombinasi klorofil daripada tumbuhan yang sesuai dengan pelbagai jenis darah
  • Membantu meningkatkan platlet darah sesuai terutama pesakit demam denggi. (ada ujian klinikal, lebih selamat berbanding penggunaan sesetengah tumbuhan lain seperti daun betik yang tidak boleh diamalkan dan diambil secara kerap)
  • Membantu memperbaiki kulit (anti penuaan)
  • Membantu meneutralkan radikal bebas terutama kepada individu yang terdedah kepada jerebu.
  • Rasa manis stevia (dengan bancuhan di dalam botol 500/600 ml) membantu pesakit kencing manis mengawal paras gula tanpa perlu meninggalkan rasa nikmat air manis (Avail klorofil dengan manis stevia)



UNTUK INFO LANJUT CARA GUNA DAN BELI DENGAN KOS PENGHANTARAN PERCUMA SILA KLIK DI BAWAH >>


http://panduanhidupsihat.blogspot.com/p/pek-demo.html

Read More

Friday, September 25, 2015

Warna buah-buahan dan sayuran serta kandungan khasiatnya

5:48 PM    No comments

Assalamualaikum & salam sejahtera

PHS ingin berkongsi informasi kesihatan berasaskan warna buah-buahan dan sayuran



untuk membantu pembaca mempraktikkan amalan pemakanan yang sihat.

Berikut adalah jadual ringkas makanan dan khasiatnya:



WARNA
BUAH-BUAHAN & SAYURAN
KHASIAT
Putih kehijauan
Bawang, bawang putih, asparagus
Allyl sulfides; Memusnahkan sel kanser
Merah
Tomato, tembikai, guava
Lycopene; antioksida (menyahtoksin/racun dari badan)
Kuning-oren
Oren, lemon, pisang, pic
Vitamin C; detoks bahan beracun dari badan (sisa buangan badan)
Oren
Lobak, mangga, labu
Beta carotene; meningkatkan imun badan
Hijau
Bayam, peppermint; daun mulberry
Follate; membina sel yang sihat
Klorofil; penawar semulajadi
Hijau muda
Brokoli, kobis, ulaman
Indoles, lutein; menghapuskan karsinogen (bahan penyebab kanser)
Coklat
Bijian, kekacang
Fiber: menyah karsinogen
Biru
Blueberry, plum
Anthocyanins: memusnahkan radikal bebas
Ungu-merah
Anggur, beri, terung, kismis
Resverator; meningkatkan estrogen

Untuk makluman pembaca, pemakanan buah-buahan dan sayuran juga perlu diseimbangkan dengan pemakanan lain seperti daging, sumber tenusu, sup dan sebagainya sesuai dengan khasiat diperlukan badan.

Sungguhpun begitu anda perlu merujuk pada pakar pemakanan sekiranya amalan pemakanan anda
memberi kesan sebaliknya. Contohnya buah-buahan tidak boleh diambil secara berlebihan terutama
mereka yang menghidap kencing manis dan darah tinggi. 

Ada juga tumbuhan yang tidak sesuai dengan jenis darah tertentu contohnya penghidap Hepatitis, alergi dan sebagainya.

Namun apa yang penting anda perlu mengamalkan makan seimbang, bersederhana dan banyakkan minum air masak untuk membantu proses badan seperti perkumuhan, detoks dan sebagainya.

Selamat menjalani kehidupan lebih sihat, In sha Allah.

Sikit-sikit yang penting istiqomah.

Read More

Wednesday, September 23, 2015

BERKORBAN SEBELUM TERKORBAN

2:38 AM    No comments

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Topik pilihan PHS kali ini berkenaan korban sebelum terkorban, 

Sebelum PHS berbincang lebih lanjut berkenaan topik ini pihak Admin Khairul Afzan serta tem PHS ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha yang bakal disambut esok, 10 Zulhijjah 1436 bersamaan 24 September 2015. 

Korban sebenarnya ungkapan ringkas tetapi sangat berat dilakukan. Bila kita menyebut korban, pastinya memerlukan niat yang ikhlas disusuli dengan usaha yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan apa jua perkara sama ada berkaitan ibadah (dalam konteks kita sebagai hamba Allah) mahupun muamalah (hubungi dengan sesama manusia)dan sunnatullah (ketetapan dan aturan Allah) itu sendiri.



Korban dalam konteks kesihatan diri juga sebenar bukanlah perkara remeh, namun ia penting supaya anda tidak lebih awal terkorban kerana kesilapan kecil dalam penjagaan aktiviti seharian anda. Janganlah sehingga sudah terlambat baru kita mengambil tindakan mengubati. Mencegah lebih baik dari merawat.

Maksud hadis:



Sabda Rasulullah saw. (( Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik dan disayangi Allah dari seorang mukmin yang lemah. Dan pada setiap orang (yang mukmin) itu ada kebaikan (kerana imannya), sentiasalah tamak kepada apa yang memberi manfaat kepadamu (di akhirat) dan mintalah pertolongan daripada Allah (dalam melaksanakannya), dan janganlah rasa lemah (malas dalam melaksanakannya), dan sekiranya kamu ditimpa sesuatu musibah maka janganlah kamu kata “kalaulah aku buat begini begini (nescaya tak kena)” tapi katakanlah “Allah telah metaqdirkannya” dan Allah Maha melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya, kerana sesungguhnya (perkataan) “kalau” itu membuka jalan kepada syaitan (untuk merosakkan aqidah) ))

Justeru sebagai manusia dan umat Islam terutamanya, untuk menjadi umat contoh dan terbaik sesuai dengan diutuskan Rasulullah S.A.W sebagai rahmat seluruh alam. Perlulah diri kita membuat beberapa tindakan kecil tetapi istiqomah untuk melahirkan keperibadian dan fizikal yang sihat.

Antara perubahan kecil tetapi akan mengubah tahap kesihatan kita in sha Allah:

1) Mulakan hari dengan bangun awal subuh dan mengerjakan solat subuh dan solat sunatnya diawal waktu.

2) Amalkan solat dhuha (minimum 2 rakaat)

3) Dapatkan sedikit tidur sebelum zuhur (kailullah) 

4) Lakukan aktiviti fizikal (terutama bagi yang bekerja di dalam aircond)
     saranan 30 minit sehari atau 5 kali seminggu (info lanjut dan sumber infosihat.gov.my)

5) Elakkan pengambilan makanan berat sebelum tidur, (contohnya berpuasa, waktu berbuka antara masa yang sesuai untuk pengambilan terakhir makanan berat)

6) Banyakkan minum air masak 

7) lebihkan makanan berasaskan ulaman, sayuran dan buahan kerana ia bagus terutama dalam proses anda menyahtoksin dan mengawal radikal bebas (racun tersembunyi) dalam badan anda.

Semoga sedikit perkongsian ini dapat anda amalkan secara mudah untuk memastikan fizikal, emosi dan kerohanian anda sentiasa dapat dipelihara in sha Allah. Akhir kata PHS sekali lagi mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha dan menyusun sepuluh jari sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang perkongsian informasi kami di FB dan blog panduan hidup sihat ini, Jadikan amalan berkorban sebagai tanda cinta kita kepada Allah,

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Inginkan lebih banyak tips dan informasi berkenaan penjagaan, hadiah percuma serta produk kesihatan sila sertakan nama dan emel anda di dalam borang di bawah:

First name

E-mail address




Read More

Tuesday, July 14, 2015

DOA SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN MUSIM PERAYAAN

11:53 AM    No comments

Malam ni mungkin dah ramai yang balik ke kampung, Kami doakan rakan-rakan semua selamat sepanjang perjalanan, In sha Allah. 

Berikut doa-doa yang disarankan untuk anda baca sebelum mulakan perjalanan atau bermusafir.
 


1) Doa keluar  rumah agar mendapat perlindungan Allah atas Harta Benda dan Keluarga


 Maksudnya:
"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".

Sumber rujukan:
Indahnya Hidup Bersyariat - Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat.

2) Doa Naik Kenderaan

Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Apabila Rasulullah SAW telah berada di atas kenderaan hendak melakukan suatu perjalanan lebih dahulu baginda takbir tiga kali. Kemudian baginda membaca doa sebagai berikut: "Subhanal ladzi sakharalana hadza wa ma kunna lahu muqrinina, wa inna ila rabbina lamunqalibun. Allahumma inna nas-aluka fi safarina hadzal birra wat taqwa wa minal 'amali ma tardha. Allahumma hawwin alaina safarana hadza wathwi'anna bu'dahu. Allahumma antash shahibu fis safari wal khali fatul fil ahli. Allahumma inni a'udzubika min wa 'tsa-is safari wa kaabatil manzhari wa su-il munqalabi fil mali wal ahli6) Ketika pulang baginda baca pula doa itu semua dengan tambahan, "Aayibuna, taaibuna, 'aabiduna, lirabbina hamidun."(7) 

Sumber: Portal Rasmi IKIM 

Nota: bahagian yang di 'bold' merupakan bacaan paling minimum untuk anda yang sukar untuk membaca atau menghafal keseluruhan doa.


3) Ayat seribu dinar 



Maksud ayat:

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."


QS: At-Talaq, 65:3


Semoga anda menghayati maksud doa ini supaya anda mendapat ketenangan sepanjang perjalanan anda dan keluarga In sha Allah.

Read More

Saturday, June 13, 2015

PROMOSI PAKEJ KESIHATAN SEMPENA RAMADHAN AL MUBARAK

8:37 AM    No comments

Assalamualaikum

Istimewa buat pembaca PHS.

Sempena bulan Ramadhan, sekali lagi kami ingin memberikan promosi khas pembelian produk kesihatan untuk anda kekal cergas dan cerdas untuk beribadah dan bekerja sepanjang hari.

  • Pakej Ramadhan 
      1. Ifood (2 kotak/40 sachets) = RM 380
      2. E-Chlorophyll (3 kotak/90 sachets) = RM 240
            Jumlah Sebelum Diskaun : RM 620
            Selepas Diskaun 10% anda hanya perlu bayar RM558 
            + RM 10 kos penghantaran = RM568

apalagi anda akan dapat dengan pakej di atas:

PERCUMA 1 kotak Acafe Cappuccino bernilai RM 22 
PERCUMA (anda boleh pilih 1 kotak Greenfit/E-Chlorophyll/Propolis (bernilai RM75-RM80)   


 untuk pembelian sila call/sms/whatsapp: Khairul 0199863784

PROMOSI SAH SEHINGGA 15 JULAI SAHAJA SELAGI STOK MASIH ADA


Read More

Tuesday, May 26, 2015

Pembersih dan Pewangi Rumah dan Kereta Semulajadi

11:34 AM    No comments

Assalamualaikum

Para pembaca setia Panduan Hidup Sihat (PHS)

Artikel kali ini kami ingin kongsikan  tips mudah tetapi sebenarnya memberikan kesan kepada kesihatan kita.

Tahukah anda?
Walaupun kita membersihkan rumah setiap hari atau hujung minggu, itu tidak memberi jaminan bahawa kediaman kita bebas daripada partikel racun seperti gas toluena, xilena, etil asetat, aseton, kloroform, benzena, trichloroethylene dan formaldehid.

Unsur-unsur ini boleh didapati daripada penggunaan kimia di dalam cat, penyembur minyak wangi, sabun pencuci dan banyak lagi yang tidak kita sedari. Penyebaran gas itu boleh menimbulkan masalah kesihatan seperti sakit kepala, gatal kulit dan paling serius, kanser! 
(sumber anjungseri.my)

Sebenarnya kita boleh mengurangkan risiko kepada kesihatan kita dengan secara percuma tetapi hanya perlu sedikit usaha.

Tips ini sebenarnya turut menjimatkan wang anda. Pandan mudah untuk ditanam termasuk di dalam pasu bunga. Uncang pula anda boleh gunakan uncang yang kadang-kadang diperolehi percuma dari pembelian produk lain atau mungkin buah tangan dari majlis perkahwinan.

Pewangi pandan ini bertahan bergantung pada kadar kelembapan ruang. Jika lembab seperti bilik air atau almari pakaian ia boleh bertahan sehingga sebulan. Baunya akan mula berkurangan apabila semakin kering.

Selain sebagai pembersih udara dan wangian, menurut Dr. Bahrain Samah, Herbalis Profesional Bertaraf Dunia, dalam artikelnya di dalam akhbar Sinar Harian berjudul 'Cukup Tidur Penting, Lena yang mencukupi bantu tingkat detoksifikasi dan pemuliharaan DNA', menjelaskan wangian daun pandan juga membantu rehatkan saraf dan mudah tidur.


Selain daun pandan, ada juga petua orang lama yang menggunakan hirisan kulit limau purut untuk mewangikan ruangan atau kereta.

Sekarang terpulang untuk anda praktikkan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. In sha Allah.

Read More
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Social Profiles

TwitterFacebookGoogle PlusLinkedInRSS FeedEmail
  • Popular
  • Tags
  • Blog Archives

LIKE FANPAGE PHS

Panduan Hidup Sihat
  • MEMBINA KEKUATAN SELEPAS DEMAM DENGGI
    Assalamualaikum Selepas beberapa lama tak update blog ni, saya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman sendiri yang diserang demam d...
  • Pembersih dan Pewangi Rumah dan Kereta Semulajadi
    Assalamualaikum Para pembaca setia Panduan Hidup Sihat (PHS) Artikel kali ini kami ingin kongsikan  tips mudah tetapi sebenarnya me...
  • Kadar Baru Pos Laju Selepas Pelaksanaan GST 1 April 2015
     Assalamualaikum Kepada para pengguna serta ahli Avail yang ingin membuat pembelian kadar Pos Laju yang akan digunapakai seperti berik...
  • Kempen Kesedaran Kesihatan di Beladau Selat
    Alhamdulillah, atas usahasama dan kerjasama yang diberikan oleh Persatuan Belia Pesada Alamanda, akhirnya ceramah Kempen Kesedaran Kesihatan...
  • CARA PEMBAYARAN
    Sila buat bayaran dengan memilih produk dari katalog kami dan isikan borang pembelian. Semua proses pembelian akan dibuat setelah anda m...

Labels

  • promosi
  • promosi2

Blog Archive

  • ▼  2016 (1)
    • ▼  October (1)
      • Kini Kos dan Pengendalian Pos Seunit Produk pada k...
  • ►  2015 (12)
    • ►  September (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (5)
    • ►  March (2)
  • ►  2014 (12)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)

Blog Archive

  • ▼  2016 (1)
    • ▼  October (1)
      • Kini Kos dan Pengendalian Pos Seunit Produk pada k...
  • ►  2015 (12)
    • ►  September (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (5)
    • ►  March (2)
  • ►  2014 (12)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)

PROMOSI

PROMOSI

TIP KURUS

 
  • Blogger news

    http://www.calculatorpro.com/

    http://www.dqasehhomestay.blogspot.com/ http://www.majalahsokmo.blogspot.com/
  • Blogroll

    Penafian: Panduan Hidup Sihat (PHS) bukan panduan perubatan yang mutlak, ia dihasilkan berdasarkan bacaan serta pengalaman penulis dan individu yang pernah mengamalkan gaya hidup sihat. Penulis cuba menyediakan panduan ini sebaik mungkin. Info ini lebih bersifat perkongsian maklumat. Sila dapatkan pendapat pakar untuk rujukan dan rawatan lanjut. Sila gunakan maklumat ini sebagai panduan asas sahaja. Penulis tidak akan dipertanggungjawabkan di atas penggunaan maklumat di blog ini.
Copyright © Panduan Hidup Sihat | Powered by Blogger
Design by NewWpThemes | Blogger Theme by Lasantha - Premium Blogger Themes | sharepoint document management