• Home
  • PAD HERBA UNTUK KESIHATAN WANITA
  • Senarai Rakan Niaga Mengikut Kawasan
  • KATALOG BARU PRODUK AVAIL

Panduan Hidup Sihat

Makanan untuk Kesihatan Diri dan Keluarga

  • Home
  • Bisnes
    • Rakan Niaga
    • Pasaran
    • Bantuan
  • Testimoni
    • Gambar
    • Whatsap
    • Kisah benar
    • Video
  • Fakta Kesihatan
    • Keratan Akhbar
    • gambar
    • Video
  • Promosi
    • pakej
    • pek demo
    • kos penghantaran
    • istimewa
  • katalog
    • 2015
    • 2016
  • Tips Kesihatan
    • Anak
    • Lelaki
    • Wanita
    • Warga Emas
    • Pesakit
  • BAYARAN DAN PENGHANTARAN
  • Hidup Ceria
    • Games
    • Kisah Lucu
    • Video

Cegah Lebih Baik Dari Mengubat

Kesan, Cegah, Rawat.

Cegah Lebih Baik Dari Mengubat

Kesan, Cegah, Rawat

Cegah Lebih Baik Dari Mengubat

Kesan, Cegah, Rawat

Cegah Lebih Baik Dari Mengubat

Kesan, Cegah, Rawat

klik "HUBUNGI RAKAN NIAGA"

PILIH RAKAN NIAGA BERHAMPIRAN ANDA

Tuesday, May 26, 2015

Pembersih dan Pewangi Rumah dan Kereta Semulajadi

11:34 AM    No comments

Assalamualaikum

Para pembaca setia Panduan Hidup Sihat (PHS)

Artikel kali ini kami ingin kongsikan  tips mudah tetapi sebenarnya memberikan kesan kepada kesihatan kita.

Tahukah anda?
Walaupun kita membersihkan rumah setiap hari atau hujung minggu, itu tidak memberi jaminan bahawa kediaman kita bebas daripada partikel racun seperti gas toluena, xilena, etil asetat, aseton, kloroform, benzena, trichloroethylene dan formaldehid.

Unsur-unsur ini boleh didapati daripada penggunaan kimia di dalam cat, penyembur minyak wangi, sabun pencuci dan banyak lagi yang tidak kita sedari. Penyebaran gas itu boleh menimbulkan masalah kesihatan seperti sakit kepala, gatal kulit dan paling serius, kanser! 
(sumber anjungseri.my)

Sebenarnya kita boleh mengurangkan risiko kepada kesihatan kita dengan secara percuma tetapi hanya perlu sedikit usaha.

Tips ini sebenarnya turut menjimatkan wang anda. Pandan mudah untuk ditanam termasuk di dalam pasu bunga. Uncang pula anda boleh gunakan uncang yang kadang-kadang diperolehi percuma dari pembelian produk lain atau mungkin buah tangan dari majlis perkahwinan.

Pewangi pandan ini bertahan bergantung pada kadar kelembapan ruang. Jika lembab seperti bilik air atau almari pakaian ia boleh bertahan sehingga sebulan. Baunya akan mula berkurangan apabila semakin kering.

Selain sebagai pembersih udara dan wangian, menurut Dr. Bahrain Samah, Herbalis Profesional Bertaraf Dunia, dalam artikelnya di dalam akhbar Sinar Harian berjudul 'Cukup Tidur Penting, Lena yang mencukupi bantu tingkat detoksifikasi dan pemuliharaan DNA', menjelaskan wangian daun pandan juga membantu rehatkan saraf dan mudah tidur.


Selain daun pandan, ada juga petua orang lama yang menggunakan hirisan kulit limau purut untuk mewangikan ruangan atau kereta.

Sekarang terpulang untuk anda praktikkan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. In sha Allah.

Read More

Friday, May 22, 2015

Jenis Minuman Kesihatan Musim Panas

5:16 PM    No comments

Cara Penyediaan 3 Minuman Berkhasiat

1) Jus Oren dengan aloe vera

1- Dapatkan jus perahan oren atau oren dikisar (nak cepat guna jus oren botol bervitamin)
2 - Potong aloe vera dalam bentuk kiub kecil
3 - Masukkan kiub ke dalam jus oren
4- Jus oren akan imbangi rasa berlendir dari aloe vera

 Minuman ini sesuai diminum kerana oren dan aloe vera mengandungi vitamin yang baik untuk badan terutama meningkatkan ketahanan badan melawan penyakit

2) Air kelapa muda dengan madu & telur kuning
1 - sediakan segelas air kelapa muda
2 - 1 atau 2 biji kuning telur
3 - 1 sudu madu
4 -campurkan ketiga-tiga bahan dan kacau

Minuman ini sesuai terutama mereka yang mudah kekeringan bibir


3) Minuman barli dengan campuran kurma, kismis dan kembang semangkuk
 
1 - pastikan kembang biji kembang semangkuk di rendam sekurang-kurangnya 4 jam
2 - Rebus biji barli sehingga lembut atau minimum 30 minit mana yang sesuai
3 - Campurkan sedikit gula batu semasa merebus
4 - setelah semua bahan tersedia campurkan barli, kembang semangkuk, kurma dan kismis
  
Minuman ini sesuai di amal untuk menyejukkan badan.

Salah satu amalan sunnah minuman dengan campuran kembang semangkuk, kurma dan kismis ini di simpan semalaman di dalam bekas tanah (mug, labu sayung dan sebagainya) untuk mendapat rasa sejuk semulajadi. Elakkan  masukan barli kerana barli yang disimpan semalaman akan menjadi basi (kecuali disimpan dalam peti sejuk)




Read More

Monday, May 18, 2015

Penyakit Darah Tinggi dan Cara Rawatan Secara Semulajadi

8:28 AM    No comments


Sebahagian informasi video ini kita dapati:

Simptom atau tanda-tanda anda mengalami tekanan darah tinggi adalah pelbagai tetapi lazimnya
anda akan sakit di bahagian belakang kepala.

Faktor risiko darah tinggi adalah:
1) Cara hidup tidak aktif
2) Umur melebihi 35 tahun
3) Merokok
4) Kegemukan
5) Paras kolestrol tinggi
6) Sejarah keluarga
7) Pengambilan alkohol berlebihan
8) Pengambilan garam yang tinggi


Antara cara umum untuk mencegah dan mengawal tekanan darah tinggi adalah
1) Perlu mengubah amalan cara hidup
2) Amalkan pemakanan sihat (akan dihuraikan lebih lanjut di bahagian bawah)
3) Kurangkan pengambilan garam dan kolestrol
4) Melakukan senaman berkala
5) Kurangkan berat badan berlebihan
6) Tangani stress dengan berkesan
7) Berhenti merokok
8) Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan


Antara kaedah pemakanan yang boleh anda amalkan:


Cara 1:
Bawang putih
Potong satu ulas bawang putih dan campurkan dengan air panas dan minum sebanyak dua kali sehari
iaitu pagi dan petang.

Cara 2:
Roselle
Minum air roselle dicampur madu dua kali sehari

Cara 3:
Berbekam
Dapatkan rawatan berbekam

Cara 4:
Betik
Makan betik setengah jam sebelum sarapan

Cara 5:
Kadang-kadang ada juga antara kita tiada masa untuk membeli buah-buahan atau rasakan agak cerewat cara pengendaliannya. PHS sarankan untuk mendapatkan tahap kesihatan lebih baik yang bukan sahaja merawat darah tinggi tetapi juga pelbagai penyakit lain seperti masalah saraf, kolestrol dan jantung iaitu dengan pengambilan

1 paket I food sekali sehari sebelum sarapan pagi (makanan lengkap) minimum selama seminggu (7hari) dan kemudian disusuli dengan pengambilan lisselife sebanyak 2 biji sehari sebaiknya sebelum makan (saranan pagi dan malam lebih senang kerana tidak perlu bawa ke pejabat hanya makan di rumah sahaja). Lisselife ini boleh di amalkan setiap hari dan dos nya boleh dikurangkan kepada sekali sehari sekiranya keadaan tekanan kembali terkawal.

Walau apapun cara dan kaedah pilihan anda tetapkan didalam niat dan hati kita segalanya adalah ikhtiar dan sembuhnya dengan Izin Allah. 

 
untuk tempahan sila hubungi call/whatsap: Khairul 019-9863784
atau rakan niaga kami

 ATAU

http://panduanhidupsihat.blogspot.com/2014/04/cara-pembayaran.html

 

Info lengkap produk KLIK DI SINI

Read More

Saturday, May 16, 2015

HATI PEREMPUAN

10:51 AM    No comments

Assalamualaikum

Para pembaca sekalian, kali ini pihak Panduan Hidup Sihat (PHS) akan menyentuh aspek kesihatan hati.

Cuma kali ini bagaikan tajuk drama Hati Perempuan dipilih  untuk menarik minat pembaca tentang pentingnya penjagaan hati.

Sebagai contoh masalah kanser hati merupakan antara kanser yang mengancam masyarakat Malaysia. Nisbah risiko kanser hati lelaki kepada wanita ialah 2-5:1

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sekurang-kurangnya 2.7 juta orang mati di seluruh dunia setiap tahun berkait rapat dengan cara pemakanan yang kurang memakan buah-buahan serta sayur-sayuran serta mengakibatkan penyakit kronik yang serius.

Justeru itu PHS ingin berkongsi alternatif perubatan cara alami iaitu:

1) Aloe vera


Aloe vera mujarab sekiranya dimakan atau diminum bagi mengubati hidung tersumbat, detoksifikasi (buang racun dalam badan), masalah cacing, jangkitan perut, buasir, masalah hati seperti hepatitis dan sirosis.

Namun begitu bagi wanita mengandung, menyusu, atau dalam haid perlu hindari dari memakan aloe vera. Bahkan boleh menyebabkan kontraksi pada kandungan.

2) Kurma


Kurma juga dapat mengubati masalah hati dan sesuai bagi menyelesaikan masalah pernafasan. Memandangkan ia merupakan makanan sunnah, ia memang sesuai diamalkan.

Tetapi para pembaca tidak digalakkan memakan kurma yang telah di sira dengan gula seperti kurma yang biasa kita beli dalam kotak atau bekas plastik kerana kandungan gula yang menyaluti kurma boleh menyebabkan kencing manis. Jika pembaca ingin amalkan kurma lebih elok kurma yang bertangkai (seperti gambar) dibeli kerana ia asli dan tidak di sira gula.

 Sekiranya pembaca inginkan solusi yang menyeluruh atau boleh dikatakan pemakanan lengkap saya sarankan anda cuba sendiri produk I-Food



Kandungan bahannya yang terdiri daripada Aloe vera, rumput gandum, sekam benih silium, spirulina, pektin epal, gandum, kacang soya dibuang racun (tidak bahaya untuk pengidap gout), serta pelbagai gabungan jenis khasiat dan enzim tumbuhan dan buah-buahan.

Untuk info lanjut I-food sila klik di sini

Semoga dengan sedikit perkongsian dari pihak PHS, anda akan selangkah lagi ke arah hidup yang lebih sihat, In sha Allah.

http://panduanhidupsihat.blogspot.com/2014/04/cara-pembayaran.html



Read More

Monday, May 4, 2015

BENARKAH SUSAH UNTUK MEMILIH ANTARA UBAT BIASA DAN MAKANAN TAMBAHAN?

10:07 AM    No comments

Assalamualaikum

Para pembaca sekalian

Salam Ceria Cemerlang.

Semoga artikel kali ini dapat memberikan jawapan persoalan yang memang biasa berlegar di kalangan kita yang biasa mengambil ubat biasa tetapi sedar implikasi buruk dalam jangka masa panjang jika terus mengamalkannya.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini memang tidak saya nafikan kita didedahkan dengan pelbagai berita berkenaan kesan sampingan penggunaan ubatan biasa. Tetapi disebabkan kita inginkan kesan cepat atau memang tiada cara lain untuk mengubati penyakit, kita terus menggunakan ubatan tersebut. Walhal, kita tahu, ubat tersebut sebenarnya ada kesan sampingan yang buruk untuk kesihatan, tetapi kita terus gagal untuk berubah.

Saya ingin kongsikan pengalaman saya yang baru-baru ini saya sendiri mengalami demam yang amat panas. Mungkin bagi pembaca ia perkara biasa, tetapi bagi saya yang telah merasai perubahan kesihatan yang lebih baik setelah mengamalkan makanan kesihatan, demam sebegini memang agak menghairankan. Saya sebenarnya dah lama tidak demam. 

Pernah pada peringkat awal mengamalkan makanan kesihatan, saya tetap ke klinik dan menghabiskan beratus ringgit duit dengan membeli ubat di klinik dan farmasi tetapi tidak habis atau tak makanpun setelah membelinya.


Gambar sebenar bungkusan ubat klinik dan farmasi yang sengaja saya kumpul dalam tempoh beberapa bulan untuk saya lihat sendiri berapa pembaziran yang dilakukan dan berapa wang yang dihabiskan jika pencegahan tidak dibuat.

Alhamdulillah setelah hampir setahun saya mengamalkan makanan kesihatan ada perubahan dimana banyak kesan alergi dan demam yang mula terkawal. Namun demam yang baru-baru ini saya hadapi menyebabkan saya lebihkan sedikit pengambilan makanan kesihatan.

Disebabkan setelah 4 hari demam saya tidak juga sembuh, saya hampir sahaja percaya kata-kata sesetengah pihak, makanan kesihatan ni sementara je kesannya, nanti ia hilang dan tidak boleh melawan penyakit yang sama.

Rupanya-rupanya ia merupakan isyarat dari Tuhan untuk menguji sejauh mana jujurnya kita berkongsi kesihatan dengan orang lain.

Adakah proses mengamalkan makanan kesihatan itu betul?

Majoriti pengguna produk kesihatan menjangkakan produk ini adalah suatu perkara MAGIK, sekali makan baik seumur hidup. Ramai pelanggan atau pengguna yang saya pernah bersua menceritakan mereka kembali sakit setelah guna sesuatu produk. Saya tak nafikan memang ada sesetengah pengeluar produk kesihatan hanya sasarkan keuntungan menyebabkan produk bukan lagi keutamaan, jadi pengguna terkena kesannya.

Tapi rata-rata pengguna apabila diselidiki dan ditanya lebih mendalam sebenarnya mula mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak elok semula contohnya terlalu manis apabila kencing manis mereka mula terkawal. Akibatnya, kesan pemakanan makanan kesihatan tidak lagi berfungsi.

Ini jelas, kita sebagai pengguna tidak memahami konsep asas produk kesihatan adalah "Cegah lebih baik dari Mengubati".

Saya berharap dengan sedikit perkongsian ini kita sedar kesihatan bukan hanya dengan makan sepaket dua makanan kesihatan tetapi melibatkan pengamalan pemakanan sihat dengan cara yang betul dan konsisten.

JIKA anda rasakan LEBIH RELA untuk membayar harga kos dialisis buah pinggang RM 3000 sebulan lebih murah dari amalkan pemakanan yang sihat dengan kos kurang dari RM 200 sebulan, saya harapkan anda dapat fikirkannya kembali.

KLIK DISINI UNTUK BEBERAPA FAKTA MENARIK ANDA PERLU TAHU

Untuk info produk kesihatan dan bagaimana penggunaannya sila hubungi saya (call/sms/whatsap) Khairul (019-9863784)


Read More
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Social Profiles

TwitterFacebookGoogle PlusLinkedInRSS FeedEmail
  • Popular
  • Tags
  • Blog Archives

LIKE FANPAGE PHS

Panduan Hidup Sihat
  • MEMBINA KEKUATAN SELEPAS DEMAM DENGGI
    Assalamualaikum Selepas beberapa lama tak update blog ni, saya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman sendiri yang diserang demam d...
  • Pembersih dan Pewangi Rumah dan Kereta Semulajadi
    Assalamualaikum Para pembaca setia Panduan Hidup Sihat (PHS) Artikel kali ini kami ingin kongsikan  tips mudah tetapi sebenarnya me...
  • Kadar Baru Pos Laju Selepas Pelaksanaan GST 1 April 2015
     Assalamualaikum Kepada para pengguna serta ahli Avail yang ingin membuat pembelian kadar Pos Laju yang akan digunapakai seperti berik...
  • Kempen Kesedaran Kesihatan di Beladau Selat
    Alhamdulillah, atas usahasama dan kerjasama yang diberikan oleh Persatuan Belia Pesada Alamanda, akhirnya ceramah Kempen Kesedaran Kesihatan...
  • CARA PEMBAYARAN
    Sila buat bayaran dengan memilih produk dari katalog kami dan isikan borang pembelian. Semua proses pembelian akan dibuat setelah anda m...

Labels

  • promosi
  • promosi2

Blog Archive

  • ►  2016 (1)
    • ►  October (1)
  • ▼  2015 (12)
    • ►  September (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ▼  May (5)
      • Pembersih dan Pewangi Rumah dan Kereta Semulajadi
      • Jenis Minuman Kesihatan Musim Panas
      • Penyakit Darah Tinggi dan Cara Rawatan Secara Semu...
      • HATI PEREMPUAN
      • BENARKAH SUSAH UNTUK MEMILIH ANTARA UBAT BIASA DAN...
    • ►  March (2)
  • ►  2014 (12)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)

Blog Archive

  • ►  2016 (1)
    • ►  October (1)
  • ▼  2015 (12)
    • ►  September (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ▼  May (5)
      • Pembersih dan Pewangi Rumah dan Kereta Semulajadi
      • Jenis Minuman Kesihatan Musim Panas
      • Penyakit Darah Tinggi dan Cara Rawatan Secara Semu...
      • HATI PEREMPUAN
      • BENARKAH SUSAH UNTUK MEMILIH ANTARA UBAT BIASA DAN...
    • ►  March (2)
  • ►  2014 (12)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)

PROMOSI

PROMOSI

TIP KURUS

 
  • Blogger news

    http://www.calculatorpro.com/

    http://www.dqasehhomestay.blogspot.com/ http://www.majalahsokmo.blogspot.com/
  • Blogroll

    Penafian: Panduan Hidup Sihat (PHS) bukan panduan perubatan yang mutlak, ia dihasilkan berdasarkan bacaan serta pengalaman penulis dan individu yang pernah mengamalkan gaya hidup sihat. Penulis cuba menyediakan panduan ini sebaik mungkin. Info ini lebih bersifat perkongsian maklumat. Sila dapatkan pendapat pakar untuk rujukan dan rawatan lanjut. Sila gunakan maklumat ini sebagai panduan asas sahaja. Penulis tidak akan dipertanggungjawabkan di atas penggunaan maklumat di blog ini.
Copyright © Panduan Hidup Sihat | Powered by Blogger
Design by NewWpThemes | Blogger Theme by Lasantha - Premium Blogger Themes | announcements sharepoint